Seminar Web pertama antara PPÿÈÕ´óÈüapp dan Harvard Medical School
JUMAAT, 24 SEPTEMBER 2010 14:27
BANGI, 24 September Ìý2010 – Buat pertama kalinya satu seminar melalui televideo telah berjaya diadakan antara Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPÿÈÕ´óÈüapp) dan Harvard Medical School, Boston USA semalam.
Seminar yang dianjurkan oleh Massachussetts Eye and Ear Infirmary, Harvard Medical School dipancarkan secara langsung bagi membolehkan ahli-ahli Jabatan Otorinolaringologi PPÿÈÕ´óÈüapp menyertainya melalui sidang televideo.ÌýAcara ini akan dijadi suatu acara bulanan antara PPÿÈÕ´óÈüapp dan Harvard Medical School.
Ia telah membolehkan ahli-ahli Otorinolaringologi yang memberi rawatan perubatan dan pembedahan bagi masalah telinga, hidung, tekak dan leher bertukar maklumat terkini dalam bidang itu.
Seminar itu di pengerusikan oleh Professor Saumil Merchant bagi pihak Harvard Medical School dan diselaraskan oleh Prof ÌýDato Dr. Lokman Saim, Pengarah Pusat Perubatan ÿÈÕ´óÈüapp bagi pihak Jabatan Otorinolaringologi PPÿÈÕ´óÈüapp.
Ia telah membincangkan isu-isu kliniko-patologi yang mengkaji cecair dalam tubuh. Antaranya kes pesakit yang mengidap hemosiderosis dimana terdapat peningkatan tissue Iron bagi mereka yang mengalami kepekakan sensorineural dan menjalani implant koklear.
Seminar itu turut dihadiri oleh pelajar-pelajar pascasiswazah Jabatan Otorinolaringologi. Ia juga disertai oleh beberapa universiti lain seperti University of Minnesota, House Ear Institute Los Angeles, University of Hawaii danÌý University of Brasilia, Brazil.
Penganjuran seminar seperti ini adalah salah satu usaha PPÿÈÕ´óÈüapp untuk meningkatkan kerjasama antara PPÿÈÕ´óÈüapp dan universiti tersohor dunia seperti Harvard Medical School, Harvard University, kata Prof Dato’ Lokman yang juga Dekan Fakulti Perubatan ÿÈÕ´óÈüapp. ÌýIa diharapkan dapat meningkatkan prestasi pengajaran pascsiswazah dalam bidang otorinolaringologi di PPÿÈÕ´óÈüapp.
![]()
Ìý