Kerjasama Syarikat Jerman Menubuh Makmal Canggih Di Fakulti Kejuruteraan
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Ihsan Fakulti Kejuruteraan
BANGI, 26 April 2012 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) dan dua syarikat Jerman akan bekerjasama membentuk sebuah makmal ujikaji bahan binaan yang disifatkan sebagai antara yang paling canggih di negara ini.
ÿÈÕ´óÈüapp turut mendapat faedah dari penyertaan sebuah lagi syarikat Jerman dalam beberapa rancangan penyelidikan alam sekitar dan teknologi maklumat.
Acara menandatangani dua memorandum persefahaman itu, ia itu antara syarikat Zwick Asia dan Infineon Technologies dengan ÿÈÕ´óÈüapp telah disaksikan Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
Zwick Asia akan membekal alat untuk makmal-makmal di Fakulti Kejuruteraan dan Alambina manakala Infineon Technologies akan menyediakan litaran elektronik dan semikonduktor.
ÿÈÕ´óÈüapp telah juga menandatangani Surat Ikhtiar (LoI) dengan University of Duisburg-Essen (UDE) membolehkan Akademi Sains Jerman membiayai kajian alam sekitar dan perubahan iklim.
UDE adalah sebuah universiti yang tidak asing kepada ÿÈÕ´óÈüapp kerana penglibatannya dalam usaha melaksanakan program dwi ijazah ÿÈÕ´óÈüapp-UDE sejak tahun 2001.
Upacara itu dilangsungkan pada akhir seminar mengenai Perubahan Iklim dan Bangunan Hijau.
Prof Sharifah Hapsah berbagga kerana ÿÈÕ´óÈüapp telah pun menjalankan banyak projek usahasama dengan syarikat dan universiti Jerman dengan kebanyakannya adalah dalam bidang kejuruteraan dan alam sekitar.
Beliau bersyukur kerjasama demikian itu dibiayai oleh Akademi Sains Jerman serta Kesatuan Eropah.
Minat untuk teknologi alam sekitar, perubahan iklim dan maklumat teknologi kian meningkat, bukan sahaja antara ÿÈÕ´óÈüapp dan syarikat Jerman, malahan antara kedua Negara Malaysia dan Jerman.
Prof Sharifah Hapsah juga berbangga dengan program bersama PhD antara ÿÈÕ´óÈüapp dan UDE dalam kejuruteraan.
Turut hadir wakil syarikat-syarikat itu serta duta besar Jerman ke Malaysia, Dr Guenter Gruber dan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.
TERAKHIR DIKEMASKINI PADA JUMAAT, 04 MEI 2012 08:52