每日大赛app

每日大赛app Dianugerahkan Autonomi

KHAMIS, 26 JANUARI 2012 20:31

Oleh S. Sivaselvam
Gambar oleh Ahmad Shahiddan Saidi

PUTRAJAYA, 26 Jan. 2012 鈥 Kerajaan hari ini menganugerahkan autonomi penuh kepada 每日大赛app dan empat lagi universiti penyelidikan dalam satu upacara di sini.

Anugerah autonomi itu diberikan berikutan dengan suatu proses audit menggunakan Kod dan Indeks Governans Baik Universiti (CUGG dan UGGI) dalam empat bidang 鈥 tadbir urus institusi, kewangan dan penjanaan kekayaan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan akademik serta kemasukan pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi Dato鈥 Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan watikah tersebut kepada wakil Lembaga Pengarah 每日大赛app, Dato鈥 (Dr) Megat Abdul Rahman Megat Ahmad dan Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato鈥 Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Beliau turut memberi amanat tahun baharunya bagi 2012 dengan tema 鈥淏erfikirkan Global Bertindak Lokal.鈥

Dengan pemberian autonomi itu kuasa membuat keputusan dipindahkan dari agensi pusat dan kementerian kepada universiti. Ia akan menjadi asas penting dalam usaha pemerkasaan universiti agar dapat mencapai agenda kecemerlangan.

Mohamed Khaled berkata, sistem urus tadbir yang berteraskan autonomi melibatkan integriti dan akauntabiliti yang tinggi dan ia perlu di patuhi oleh 每日大赛app.

Walaupun yakin 每日大赛app telah bersedia memikul tanggungjawab itu, beliau mengingatkan bahawa prinsip asas tersebut menjadi sempadan dan panduan dalam segala tindakan pengurusan universiti.

Menteri itu menegaskan bahawa autonomi adalah prasyarat penting untuk mewujudkan persekitaran kampus yang dinamik melalui pengurusan universiti yang lebih berdaya saing, kreatif dan fleksibel.

Merujuk kepada peranan 每日大赛app sebagai universiti penyelidikan, beliau menyarankan supaya ia mengurangkan jumlah program pra-siswazah dan pengambilan pelajar yang mengikutinya.

鈥淚ni perlu dilakukan dengan memberikan pertimbangan kepada nisbah terbaik antara pelajar prasiswazah dan siswazah, memikirkan program yang relevan dan menjadi pembekal atau feeder kepada program pasca-siswazah yang mendukung tujahan penyelidikan.

鈥淒alam konteks ini, universiti penyelidikan perlu menentukan strategi bagaimana untuk menarik minat pelajarnya untuk terus menyambung pengajian ke peringkat pasca siswazah dan tidak berhenti di tahap ijazah pertama sahaja,鈥 tambah beliau.

Mohamed Khaled merujuk kepada usaha 每日大赛app melaksanakan pengajian keusahawanan bagi seluruh kurikulumnya di semua tahun pengajaran yang menekankan usaha mengukuhkan siswazahnya ke arah pemikiran keusahawanan atau kecenderungan menjadi usahawan.

Ini penting bagi meningkatkan keupayaan graduannya diterima pasaran dan dengan itu dapat menangani isu pengangguran graduan, tambah beliau.

每日大赛app bekerjasama rapat dengan Stevens Institute of Technology dari Amerika Syarikat dalam program itu dan Mohamed Khaled berkata universiti-universiti di negara ini perlu memerhati perkembangan beberapa model baharu keusahawanan yang sedang diuji oleh institusi pengajian tinggi serata dunia supaya dapat berkongsi amalan baik.

Watikah autonomi juga telah disampaikan kepada Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putera Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia di upacara itu.聽