ÿÈÕ´óÈüapp

ÿÈÕ´óÈüapp Sekali Lagi Menjuarai Kejohanan Kriket Twenty20 IPT

AHAD, 29 JANUARI 2012 00:00

kriket2012a

Oleh Nur Azimah Mahmood
Foto oleh Ahmad Shahiddan Saidi

KLANG, 29 Jan. 2012- Pasukan Kriket ÿÈÕ´óÈüapp berjaya sekali lagi mengungguli Kejohanan Kriket Twenty20 untuk Piala Menteri Pengajian Tinggi yang berakhir di Bayuemas Oval di sini hari ini.

Ia mengalahkan pasukan dari Asia Pacific University College of Technology and Innovation (UCTI) dengan tujuh wicket di perlawanan akhir. Sejumlah lapan Institut Pengajian Tinggi dari seluruh negara mengambil bahagian.

Tempat ketiga dikongsi bersama oleh pasukan kriket dari Universiti Multimedia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pasukan ÿÈÕ´óÈüapp menerima piala pusingan dan Piala Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, sijil, pingat dan RM1500 manakala UCTI menerima pingat, sijil dan RM800. Pasukan di tempat ketiga masing-masing menerima pingat, sijil dan RM500.

Suhan Kumar dari ÿÈÕ´óÈüapp dengan 38 larian not out ditabalkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir manakala Ahmad Faiz Mohammad Nor juga dari ÿÈÕ´óÈüapp diistiharkan pemain terbaik keseluruhan setelah berjaya mengumpul 153 larian dan tujuh wicket.

Hadiah disampaikan oleh Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Ir Othman A. Karim; Pengarah Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp, Dr. Tajul Arifin Muhamad; Pengarah Keselamatan Kol. Jury Tasripan dan ahli Persatuan Kriket Melayu Malaysia.