Tabung Kebajikan Pesakit PPÿÈÕ´óÈüapp Terima Bantuan Kumpulan Lion

Oleh Harun Bintang PPÿÈÕ´óÈüapp
Foto Norasyikin Yusof PPÿÈÕ´óÈüapp
KUALA LUMPUR, 2 Julai 2012 – Tabung Kebajikan Pesakit (TKP) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPÿÈÕ´óÈüapp) telah membantu seramai 29 orang pesakitnya yang melibatkan kos berjumlah RM223,983 dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Pengarah PPÿÈÕ´óÈüapp merangkap Dekan Fakulti Perubatan ÿÈÕ´óÈüapp, Prof Dato’ Dr Raymond Azman Ali berkata bantuan itu adalah berupa peralatan perubatan seperti implant ortopedik, kardio dan ENT.
Beliau memberikan angka-angka itu ketika menerima sumbangan berjumlah RM448,036.80 dari Tabung Bantuan Perubatan Kumpulan Lion (LGMAF) untuk TKP di PPÿÈÕ´óÈüapp di Cheras hari ini.
Bantuan itu diserahkan oleh Pengurusi Lembaga Pemegang Amanah LGMAF, Puan Sri Datin Coleen Herbert kepada Prof Raymond. Puan Sri Herbert berkata LGMAF ditubuhkan pada 1995 untuk mencari dana melalui pelbagai kegiatan untuk membantu pesakit terutama yang mengidap penyakit-penyakit serius dan memerlukan rawatan intensif.
Sejak penubuhannya ia telah berjaya menghulurkan kira-kira RM6 juta untuk menampung kos rawatan, perubatan dan pembelian peralatan bagi lebih 760 orang pesakit.
Pada tahun lalu seramai 67 orang pesakit telah menerima manfaat daripada dana LGMAF untuk menampung perbelanjaan rawatan terutamanya di PPÿÈÕ´óÈüapp.
Kerjasama strategik antara PPÿÈÕ´óÈüapp dan LGMAF telah bermula sejak tahun 2000 dengan PPÿÈÕ´óÈüapp merupakan penerima terbesar sumbangannya, kata Puan Sri Herbert.
Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Ketua-ketua Jabatan PPÿÈÕ´óÈüapp, pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Sosial Perubatan PPÿÈÕ´óÈüapp, warga LGMAF dan para pesakit yang menerima sumbangan bersama waris mereka telah hadir di upacara itu.
![]()
