ÿÈÕ´óÈüapp Dipelawa Buka Kampus Cawangan di Indonesia

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 25 Jun 2012 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) telah dipelawa membuka kampus cawangannya di Tangerang, Banten dekat Jakarta, Indonesia.
Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Kabupaten Tangerang, Ir. H. Amran Arifin yang membuat pelawaan itu menyatakan kesediaaannya untuk memperuntukkan kawasan kepada ÿÈÕ´óÈüapp untuk kampus cawangannya itu.
Beliau menyatakan hasratnya itu kepada Portal Berita ÿÈÕ´óÈüapp selepas lawatannya ke ÿÈÕ´óÈüapp Jumaat lalu. Beliau juga telah mengunjungi Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan membincangkan hal-hal umum mengenai hubungan Malaysia dan Indonesia.
Beliau diiringi Prof Dr Erman Anom, seorang pensyarah di Universiti Esa Unggul, Indonesia yang juga seorang Alumni ÿÈÕ´óÈüapp. Prof Erman mula belajar di ÿÈÕ´óÈüapp pada 2001 dan memperolehi ijazah pertama, Sarjana dan juga PhDnya dari ÿÈÕ´óÈüapp.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengarah Pejabat Hal-Ehwal Alumni, Prof Dato’ Laily Din dan Timbalannya yang baru, Dr Chang Peng Kee; Pengarah Pejabat Hubungan Antarabangsa, Prof Imran Ho Abdullah dan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Prof Dr Mohd Safar Hasim.
H. Amran memberitahu Portal Berita ÿÈÕ´óÈüapp kemudiannya bahawa peluang pengajian tinggi amat menggalakkan di kawasan Tangerang yang sedang mengalami perkembangan ekonomi yang pesat. Misalnya terdapat 6,000 orang guru yang memerlukan pengajian di peringkat sarjana.
Beliau berjanji pentadbiran daerah itu, yang terletak 15 kilometer dari Jakarta, akan memperuntukkan kawasan untuk ÿÈÕ´óÈüapp jika ada persetujuan rasmi.
H. Amran juga mengesyorkan ÿÈÕ´óÈüapp menubuhkan pusat pengajian untuk pelajar separuh masa berkonsepkan universiti terbuka dan bersedia untuk mewujudkan kerjasama dengan ÿÈÕ´óÈüapp dalam bidang pendidikan dan perubatan kerana ÿÈÕ´óÈüapp amat terkenal dalam bidang itu terutama perubatan hingga mampu melaksanakan pembedahan yang rumit.
ÿÈÕ´óÈüapp, katanya, tidak perlu membuat permohonan melalui pemerintah pusat di Jakarta kerana setiap daerah mempunyai autonomi dalam pelbagai bidang, termasuk pelaburan dan pendidikan.
Daerah Tangerang dengan keluasan kira-kira 9,163 km persegi, kini menjadi tumpuan pusat pendidikan negara lain seperti Jerman dan Cina.
Walaupun daerah yang mempunyai 3 juta penduduk itu sudah mempunyai 11 buah universiti, permintaan dari seluruh Indonesia untuk memasuki universiti jauh mengatasi tempat yang ada. Justeru itu memang wujud peluang untuk institusi luar negara bertapak di sana, tambah beliau.
H. Amran berkata Kabupaten Tangerang merupakan pusat industri ulung di Indonesia dan peluang pelaburan adalah baik dengan lebih 5,000 perniagaan berdaftar di situ.
Ia maju dalam pelbagai bidang, antaranya perkhidmatan kesihatan, perhotelan dan industri automotif, termasuk kilang Proton.
Perbincangan lanjut mengenai kerjasama dua pihak itu akan di teruskan. Beliau juga berkata bahawa langkah sedang diambil untuk menubuhkan sebuah badan alumni ÿÈÕ´óÈüapp di Tangerang dan sekitarnya.
H. Amran juga menyatakan kesediaannya untuk mewujudkan kerjasama dengan ÿÈÕ´óÈüapp dalam bidang pendidikan dan perubatan kerana ÿÈÕ´óÈüapp amat terkenal dalam bidang itu terutama perubatan hingga mampu melaksanakan pembedahan yang rumit.
Prof Erman yang mempunyai seorang anaknya belajar di ÿÈÕ´óÈüapp kini dalam tahun kedua di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan menasihati H. Amran mendaftarkan anaknya sebagai siswazah di ÿÈÕ´óÈüapp kerana kualiti pengajiannya yang tinggi.
Selain dari taraf pengajian, kelebihan belajar di ÿÈÕ´óÈüapp boleh memberikan motivasi yang lebih serta berpandangan lebih luas di Malaysia.
Kos yuran dan sara hidup di ÿÈÕ´óÈüapp juga berpatutan jika dibanding dengan Indonesia, iaitu satu pertiga, kata Prof Erman yang turut menasihati pelajar Indonesia lain di ÿÈÕ´óÈüapp supaya meneruskan pengajian mereka hingga ke peringkat setinggi yang mereka mampu di Malaysia.
![]()

