ÿÈÕ´óÈüapp

Mexico Mencontohi Program Perkongsian Mobiliti Global ÿÈÕ´óÈüapp

Oleh Imran Ho-Abdullah & Rashila Ramli

TOLUCA, MEXICO, 18 Mei 2012 – Program Perkongsian Mobiliti Global ÿÈÕ´óÈüapp begitu mengkagumkan Universidad Intercultural de Estado Mexico (UIEM) hingga memutus melasanakan program seumpama untuk mewujudkan kefahaman terhadap rakyat aslinya.

UIEM pada bulan Ogos depan akan melaksanakan program antarabangsanya yang pertamanya demikian mencontohi program ÿÈÕ´óÈüapp.

Ia sebelum ini telah mengantar empat orang pelajarnya mengambil bahagian dalam program ÿÈÕ´óÈüapp itu tahun lalu yang diusahakan untuk memupuk kefahaman terhadap pelbagai budaya dan persahabatan.

Raktor UIEM, Prof Jose Francisco Monroy-Gaytan telah menjemput Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp, Prof Tan Sri Dr Sharifah Syed Hasan Shahabudin mengadakan lawatan kerja ke kampusnya untuk meninjau dan mengesahkan program seumpama yang ia akan laksanakan Ogos ini nanti.

Program UIEM itu akan memaparkan logo ÿÈÕ´óÈüapp bersama logonya bersama lencana negara Mexico yang akan membiayai program itu.

Universiti itu buat kali keduanya akan terus mengantar empat orang pelajarnya ke program perkongsian mobiliti ÿÈÕ´óÈüapp yang ke tiga bulan Jun ini. Dan ÿÈÕ´óÈüapp pula membalasnya dengan menghantar empat orang pelajar ÿÈÕ´óÈüapp menyertai program UIEM itu.