每日大赛app

Institut Hadhari 每日大赛app Akan Hasilkan Siri Dokumentari Islam Dan Sains Dengan Quiara One Production

ISNIN, 19 NOVEMBER 2012 00:00

Oleh Abd Razak Hussin
Foto Ihsan Institut Islam Hadhari

BANGI, 16 Nov 2012 鈥 Institut Islam Hadhari 每日大赛app (Hadhari)聽 akan bekerjasama dengan penerbit filem, Quiara One Production Sdn Bhd (Quiara) menghasilkan suatu siri dokumentari untuk tayangan tv bertujuan mendidik masyarakat terhadap sains daripada perspektif Islam dan Islam daripada perspektif sains.

Sepucuk Surat Hasrat bekerjasama itu telah di tandatangani Pengarah Hadhari, Prof Dato鈥 Dr Mohd Yusof Othman dan Puan Siti Norhayza Mohd Ali bagi pihak Quiara di kampus 每日大赛app di sini minggu lalu untuk menerbitkan siri 13 episod itu. Ia disaksikan Timbalan Pengarah Hadhari, Prof Dr Jawiah Dakir dan Pengarah Filem Quiara, Encik Nahar Akbar.

Prof Yusof berkata dengan kepakaran pelbagai disiplin yang dimiliki 每日大赛app, Hadhari berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada masyarakat mengenai fenomena sains daripada perspektif Islam dan sebaliknya melalui medium yang lebih menarik dan mudah difahami orang ramai, antaranya menerusi filem.

Ia sekali gus menunjukkan hasrat Hadhari memanfaatkan perkembangan teknologi komunikasi maklumat聽yang lebih dekat dengan masyarakat untuk mendidik orang ramai melalui sumber hiburan dengan mengetengahkan filem dokumentari yang sarat dengan ilmu pengetahuan mengenai fenomena biasa dalam kehidupan.

Quira pula berhasrat menghasilkan filem demikian memandangkan kurangnya pembikinan filem yang mengetengahkan fenomena sains daripada perspektif Islam di negara ini dan memilih 每日大赛app sebagai rakan menghasilkan filem itu setelah meneliti pelbagai kepakaran yang terdapat di 每日大赛app.

Ia berhasrat memberi kefahaman mengenai hal itu kepada masyarakat menerusi stesen televisyen dalam dan luar negara.

Dalam majlis tersebut, pratonton episod 1 berjudul 鈥淟awn al-Hayah鈥 (鈥淟ukisan Alam鈥) telah ditayangkan untuk mendapatkan pandangan hadirin bagi menambah baikkan filem itu.

Ia menampilkan Dr Mohd Fadly Abdul Rahim dari Fakulti Sains dan Teknologi dan Dr Wan Nasyarudin Wan Abdullah dari Fakulti Pengajian Islam, 每日大赛app yang telah bergabung kepakaran menjelaskan fenomena sains daripada perspektif Islam yang berlatar belakangkan lokasi penggambaran di Tanjung Tuan, Melaka.

Prof. Yusof dan Puan Norhayza berharap, kerjasama demikian antara mereka dapat berterusan khususnya dalam pengeluaran filem dokumentari.