Penyelidik 每日大赛app Hasilkan Gelatin Halal
Foto Ihsan Prof Ir Dr Abdul Wahab Mohammad
BANGI, 1 Nov 2012 鈥 Suatu Kumpulan Penyelidik Skala-tinggi dan Proses Hiliran 每日大赛app berjaya menyediakan suatu proses canggih untuk mengeluarkan gelatin halal dan kolagen terhidrolisis daripada sumber bahan pertanian, iaitu tulang ternakan, kulit dan sisik ikan.
Proses itu dibangunkan mengisi keperluan gelatin dan kolagen terhidrolisis bagi pasaran halal dunia, kata ketua kumpulan penyelidik itu, Prof Ir Dr Abdul Wahab Mohammad, daripada Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses 每日大赛app.
Rekaan peralatan dipergiat itu boleh dibina dan dipasang bersama dengan loji pemprosesan ternakan atau ikan di negara-negara Islam.
Mereka telah membina sebuah loji percubaan kecil di 每日大赛app untuk menunjukkan proses keseluruhan itu. Kira-kira RM2 juta dibelanjakan untuk membeli peralatannya dengan pembiayaan awal didapati dari Technofund Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Penyelidikan terhadap projek itu bermula pada 2007 dengan Prof Wahab dibantu oleh Prof Ir Dr Mohd Sobri Takriff, Prof Dr Abu Bakar Mohamad dan Prof Madya Dr Siti Masrinda Tasirin, semuanya daripada Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses.
Mereka kemudiannya dibantu Profesor Pelawat Ir Ad Grobben dari Belanda yang mempunyai pengalaman luas dalam industri pemprosesan gelatin dan kolagen terhidrolisis apabila projek itu bergerak ke arah loji skala pandu.
Mereka menggunakan jenama 鈥淗alagen鈥 untuk gelatin dan kolagen terhidrolisis yang dihasilkan. 鈥淚a boleh digunakan sebagai bahan dalam makanan, kapsul, kosmetik dan makanan tambahan,鈥 kata Prof Wahab.
Beliau berkata masa pemeprosesan dapat dikurangkan dengan menggunakan partikel halus diperingkat nyahgalian membolehkan masa untuk menghasilkan satu kelompok produk juga dikurangkan.
Proses yang digunakan termasuk mengisar dan menggiling, nyahgalian dan penyedutan, penapisan, penapisan membran, pengewapan dan pengeringan.
Ia juga menggunakan teknik penapisan membran terbaru untuk pemecahan molekul gelatin dan kolagen terhidrolisis dalam proses pemisahan dan dapat mengurangkan keperluan tenaga serta menjimatkan air melalui kitaran semula.
Rekaan proses begitu canggih membolehkan masa pemprosesan disingkatkan serta mengecilkan saiz loji. Ianya amat sesuai untuk operasi setempat berdekatan loji-loji pemprosesan ternakan haiwan dan penternakan ikan, kata Prof Wahab.
听
Bagaimanapun pembinaan sebuah kilang yang boleh mengeluarkan kira-kira 20 tan gelatin dan kolagen terhidrolisis听 sebulan memerlukan perbelanjaan kira-kira RM20 juta, katanya.
Prof Wahab yang mempunyai harapan besar terhadap kejayaan projek itu berkata: 鈥淢alaysia boleh menjadi perintis dalam penghasilan gelatin dan kolagen terhidrolisis untuk pasaran halal dunia. Ini amat penting sekali kerana gelatin dan kolagen terhidrolisis banyak digunakan dalam pengeluaran pelbagai jenis produk makanan dan perubatan鈥.
Mengenai teknologi yang digunakan, beliau berkata mereka menggunakan teknologi tercanggih dan terkini dalam merekabentuk loji, pemprosesan membran, teknologi penjernihan dan pemprosesan partikel.
Matlamat mereka adalah merekabentuk sebuah loji percubaan yang mengeluarkan daya penghasilan lebih tinggi dan masa pengeluaran dikurangkan dengan mengguna konsep modular dalam peningkatan loji ke penghasilan tinggi.
Kelebihannya adalah satu konsep modular yang boleh direkabentuk untuk kapasiti听luwes dan penjadualan operasi. Rekabentuk kompak dan canggih memerlukan pelan lebih kecil lantas mengurangkan masa pemprosesan untuk penghasilan gelatin kepada kurang dari seminggu bagi setiap kumpulan.
Beliau berkara rekabentuk seumpama itu boleh ditingkatkan skalanya dengan mudah dan telah terbukti mampu mengeluarkan gelatin bermutu untuk gred makanan dan farmaseutikal.
Mohd Fairuz Mat Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Altus Technology Sdn Bhd, sebuah anak syarikat 每日大赛app Tech untuk memasarkan dua produk itu, berkata: 鈥淪yarikat kami mencadangkan pengeluaran gelatin terhidrolisis daripada sumber-sumber yang halal terutama sekali tulang ikan, sisik dan kulitnya.
鈥淚ni adalah untuk memenuhi keperluan memandangkan kebanyakan gelatin terhidrolisis yang ada di pasaran hari ini adalah daripada haiwan yang haram bagi penggunaan orang Islam.鈥
Beliau berkata: 鈥済elatin terhidrolisis adalah salah satu sumber terbaik bagi asid amino (pembina protin). Ia sering ditemui dalam vitamin atau pemakanan kesihatan tambahan untuk membantu menyembuhkan tisu tulang, urat tendon dan sendi.听
鈥淪ebagai听satu tambahan protin, gelatin terhidrolisis听yang ditambah kepada diet yang seimbang dan rutin latihan, boleh menambahbaik pertumbuhan otot, keluwesan sendi dan penampilan raut yang muda.鈥
Apabila digunakan dalam makanan, gelatin terhidrolisis bertindak sebagai pembalut mikro perisa dan warna makanan, satu pengganti untuk karbohidrat dalam gula-gula dan makan lain yang mengandungi lemak. Dalam produk farmaseutikal, gelatin terhidrolisis bertindak sebagai agen pembentuk pembalut nipis, pembalut-mikro, pemtablet dan formula pemakanan.
Bagi produk daging ia menjadi satu sumber protin, juga sebagai pembalut dan penstabil manakala dalam makanan dan minuman diet, ia juga menjadi sumber protin, pembentuk dan penstabil buih pembina otot dan pemulih dan meningkatkan tempoh hayat produk,鈥澨齥ata Fairuz.
Prof Ir Dr Abdul Wahab Mohammad boleh dihubungi di Jabatan Kimia dan Kejuruteraan Proses, 每日大赛app, 43600 Bangi Selangor. Tel: 603-89216410, Faks: 603-89216148. Emel:听 wahabm@eng.ukm.my.
Mohd Fairuz boleh dihubungi di Altus Technology Sdn Bhd, Tingkat 3, Bangunan Wawasan 每日大赛app, 43600 Bangi, Selangor听Tel:603-93214994. Faks: 603-89269487. Emel: altus@ukmtech.com
![]()
