Warga 每日大赛app Diingatkan Waspada Terhadap Unsur Yang Boleh Cemarkan Autonominya

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 1 Ogos 2012 鈥 Warga Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) perlu berwaspada terhadap unsur-unsur yang mungkin mencemarkan taraf otonomi yang kini dinikmati oleh kakitangan akademik dan para siswazahnya.
Naib Canselor 每日大赛app, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata kedudukan otonominya itu harus dipertahankan sebagaimana negara berjaya mendukung kemerdekaanya selama 55 tahun.
Berucap ketika melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan 2012 peringkat universiti di Foyer Bangunan Canselori pagi ini, beliau berkata usaha itu boleh dilakukan dengan menggunakan hak mereka secara bertanggung jawab dan berakal budi.
Beliau berkata siswazah dan para akadermik memang ada kebebasan bersuara tetapi harus boleh memberikan alasan dan bukti kukuh terhadap sebarang tuntutan mereka. Ianya juga ada hadnya kerana tiada institusi di mana-mana pun yang sanggup melaksanakan kebebasan mutlak, walaupun di Amerika Syarikat.
Prof Sharifah Hapsah menyangkal dakwaan kononnya institusi pengajian tinggi di Barat mengamalkan kebebasan tanpa had kerana memang wujud batasan kebebasan yang dinikmati oleh penuntut dan pensyarah di negara-negara Barat sebagaimana di jelaskan kepadanya oleh pimpinan universiti di Amerika.
Beliau memuji warga 每日大赛app kerana tabah hati menjalankan tugas dan menuntut ilmu.
Beberapa program akan menyusul sepanjang bulan kemerdekaan peringkat 每日大赛app bagi menyamarakkan lagi sambutan kemerdekaan 2012 yang bertemakan 鈥楯anji Ditepati鈥.
Majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta persembahan puisi dan dendangan lagu warisan yang disampaikan oleh naib juara Malam Bintang 每日大赛app, Mohd. Azwan Daud.
Deklamasi puisi disempurnakan oleh Dr Zubir Idris, pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan.
Tujuh warga universiti mewakili fakulti, institut, perkhidmatan, pelajar, pasukan latihan pegawai simpanan (PALAPES), sukarelawan polis (SUKSIS) dan kolej menerima bendera masing-masing daripada Prof Sharifah Hapsah. Beliau telah juga menyerahkan bendera Jalur Gemilang kepada setiap Pusat Tangungjawab (PTJ).
Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan, Prof Ir Dr Othman A. Karim, Timbalan Naib Canselor lain, Dekan-dekan fakulti dan para pegawai pengurusan utama Universiti.
Majlis itu turut menyaksikan acara simbolik mengibarkan bendera Malaysia yang dilakukan oleh Prof Othman.
Prof Sharifah Hapsah sebagai Kolonel Kehormat, Palapes 每日大赛app memberi tabik hormat dengan iringan muzik dan nyanyian lagu-lagu Jalur Gemilang, Satu Malaysia diikuti nyanyian beramai 鈥溌燢eranamu Malaysia鈥.
Majlis Doa Selamat Kemerdekaan dan Sambutan Nuzul Al-Quran, Sambutan Malam Ambang Merdeka 每日大赛app 2012, Pameran Sambutan Kemerdekaan Malaysia, pertandingan menghias bangunan peringkat Pusat Tanggungjawab dan kolej serta kempen mengibar bendera jalur gemilang dan beberapa aktiviti lain di kampus juga berlangsung.
![]()

