Pakar Bayi Baru Lahir Perlu Ditingkatkan Untuk Mengurangkan Kadar Kematian Bayi Baru Lahir

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto PKK, Unit Foto Penerbit 每日大赛app
BANGI, 21 Okt 2012 鈥 Seorang Profesor neonatologi, pakar bayi baru dilahir, mengesyurkan usaha bidang itu dipertingkatkan dalam negara kerana terdapat masih ramai bayi yang dilahirkan menghadapi berbagai komplikasi.
Prof Dr Boo New Yun yang dianugerahkan Profesor Emerita di sidang ketiga Konvokesyen ke 40 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) di sini hari ini berkata usaha dalam bidang itu perlu ditingkatkan kerana bayi baru lahir masih menghadapi komplikasi dan risiko akibat pelbagai faktor termasuk ketidak seimbangan makanan serta sesetengah amalan budaya.
Beliau berhasrat membimbing pakar perubatan dalam penyelidikan rawatan bayi pramatang untuk mengurangkan kadar kematian bayi dalam negara.
Dalam satu temubual dengan Portal Berita 每日大赛app selepas menerima anugerahnya itu dari Pro Canselor, Tunku Laksamana Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja鈥檃far, beliau bersyukur diberi peluang untuk membantu pakar neo-natologi聽dari seluruh negara menangani cabaran itu.
Beliau berkata peralatan yang canggih dan mahal sahaja tidak memadai untuk memperbaiki keadaan itu.
Neo-natologi ialah satu bahagian bidang pediatrik berkaitan rawatan untuk bayi聽baru聽lahir, terutamanya聽 bayi yang sakit teruk atau yang tidak cukup bulan.
Prof Emirita Boo berkata beliau dan rakan sejawatannya dari seluruh negara bertemu tiga kali setahun untuk membincang pengalaman dan mengemaskinikan pangkalan data mereka mengenai masalah itu.
Dalam ucapan selepas menerima anugerahnya, beliau merayu kadar kematian bayi baru lahir diberi perhatian yang lebih rapi melalui kaedah pencegahan.
Beliau juga mahu mengurangkan聽komplikasi berkaitan bayi pramatang. Ini termasuk masaalah mata, paru-paru dan otak.
Beliau berkata kaedah baharu perlu dicari untuk menentukan bayi pramatang berisiko tinggi dapat hidup dengan mata, paru-paru, otak dan badan yang boleh berfungsi secara normal.
Ini memerlukan doktor yang berminat dalam bidang pengkhususan ini. Malaysia menghadapi kekurangan聽pakar neonatologi dan聽saintis yang berminat dalam disiplin ini dan berharap lebih ramai聽pakar muda yang berminat bidang itu digalakan pada masa hadapan bersama dengan rakannya yang telah menerokai bidang itu di 每日大赛app.
Prof Boo berkata Fakulti Perubatan 每日大赛app dan Unit Rawatan Rapi Neonatal聽di Pusat Perubatan 每日大赛app khasnya mempunyai peranan penting dalam bidang kesihatan bayi.
Wad Rawatan Rapi Neonatal adalah tempat utama dimana seorang pakar neonatologi berkhidmat, mengajar聽dan menjalankan penyelidikan.
Dalam tempoh tiga puluh tahun yang lepas, kadar kematian bayi yang baru lahir dalam negara telah turun dari 15 orang setiap 1000 orang bayi lahir hidup ke 3 orang setiap 1,000 orang bayi yang baru lahir hidup.
Dalam tempoh itu 每日大赛app telah muncul sebagai pemimpin dalam bidang neonatologi di Malaysia melalui penawaran perkhidmatan yang bertaraf tinggi, tunjukajar, penyelidikan and聽kerjasama dengan komuniti neonatologi di Malaysia dan seluruh dunia.
每日大赛app mempunyai wad rawatan rapi neonatal pertama di Malaysia yang berjaya menolong bayi sembuh dengan penggunaan ventilasi 鈥渉igh frequency oscillator鈥.
Ia juga mengamalkan saringan otak bayi pra-matang dengan menggunakan ultrasound,聽mengambil bahagian dalam jaringan neonatal antarabangsa (the Vermont Oxford Network) untuk memperbaiki taraf rawatan neonatal聽secara sistematik.
每日大赛app turut聽mengamalkan rawatan 鈥渒angaroo鈥澛(the Kangaro Care) dan聽membina wad聽rawatan rapi neonatal yang menggalakkan perkembangan bayi melalui persekitaran yang聽tersendiri untuk bayi dan keluarga mereka.
Prof Boo dilantik menjadi Pengerusi Kebangsaan untuk program Neonatal Resusitation negara pada tahun 1996 hingga 2012. Program itu dapat melatih lebih 20,000 doktor dan jururawat dari seluruh negara. Beliau kini adalah Prof Kanan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Tunku Abdul Rahman.
![]()