ÿÈÕ´óÈüapp

Lebih 70% Mahasiswa Baru ÿÈÕ´óÈüapp Terdiri Dari Wanita

ISNIN, 03 SEPTEMBER 2012 00:00

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 2 Sep 2012 –ÌýLebih 3,100 orang pelajar yang berjaya menyambung pengajian di peringkat prasiswazah ke Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) berdaftar untuk semester pertama sesi 2012-2013 di kampus ÿÈÕ´óÈüapp di sini hari ini.

ÿÈÕ´óÈüappÌýmenawarkan sejumlah 73 program (50 Aliran Sains, 23 Aliran Sastera) untuk sesi ini.

Pelajar wanita terus menguasai kemasukan bagi sesi ini berjumlah seramai 2215 (71%) berbanding dengan hanya 917 pelajar lelaki.

Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp Profesor Tan Sri Dato’ÌýWira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Pengurusan Utama ÿÈÕ´óÈüapp mengadakan sesi lawatan ke kolej kediaman pelajar semasa pendaftaran sedang dijalankan bermula dari kolej Keris Mas dan berakhir di kolej Aminuddin Baki.

Ketika lawatan ke kolej, Prof Sharifah Hapsah mengalu-alukan kedatangan pelajar baru serta memerhatikan kemudahan untuk mendaftarkan mereka.

Beliau memberitahu pelajar baru mereka bertuah kerana diterima melanjutkan pendidikan di ÿÈÕ´óÈüapp kerana universiti ini diakui sebagai antara universiti yang terkemuka dalam negara.

Bagi mereka yang tidak memilih ÿÈÕ´óÈüapp sebagai pilihan pertama, beliau melahirkan kepercayaan bahawa mereka akan yakin akan keunggulan ÿÈÕ´óÈüapp apabila memulakan kursus masing-masing nanti.

Pendaftaran dimulakan jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

Tempat pendaftaran adalah berdasarkan kepada kolej kediaman yang ditawarkan kepada calon tersebut.

Bilangan pelajar mengikut fakulti adalah seperti berikut:

TAHUN 1 SESI 2012-2013

Bil.

Fakulti

Lelaki

Perempuan

Jumlah

 

1

Ekonomi & Pentadbiran

87

336

423

2

Farmasi

17

78

95

3

Kejuruteraan & Alam Bina

146

160

306

4

Pendidikan

33

73

106

5

Pengajian Islam

105

177

282

6

Pegigian

10

45

55

7

Perubatan

60

193

253

8

Sains & Teknologi

176

409

585

9

Sains Kesihatan

46

193

239

10

Sains Sosial & Kemanusiaan

118

363

481

11

Teknologi & Sains Maklumat

76

128

204

12

Undang-Undang

43

60

103

   

  Jumlah

917

2215

3132

Terdapat 21 calon menangguhkan pendaftaran mereka yang terdiri daripada 9 calon lelaki dan 12 perempuan.

Ìý