ÿÈÕ´óÈüapp Memenangi Tempat Keempat Di Kejohanan SUKUM Ke-38

Oleh Nurul Haziqah Abdul Halim
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 20 Nov 2013 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) memenangi tempat ke empat dalam Kejohanan Sukan Staf antara Universiti 2013 (SUKUM) yang berakhir di sini awal bulan ini.
Ia memenangi 3 pingat emas dalam acara Ping-pong, Boling Wanita dan Olahraga Wanita, 2 perak dan 7 gangsa.
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang merangkul 6 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa diistihar sebagai johan keseluruhan dengan Universiti Malaya (UM) naib johan mendapat 4 emas dan 4 gangsa, naib johan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tempat ketiga dengan 3 emas, 6 perak dan 2 gangsa.
Sejumlah 21 buah institusi pengajian tinggi dan Kementerian Pendidikan telah mengambil bahagian dalam 27 jenis acara termasuk bola sepak, ping-pong, futsal, catur, boling, bola tampar dan tarik tali.
Majlis Penutup dan Pemberian Hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) ÿÈÕ´óÈüapp, Prof Dato’ Ir Dr Othman A Karim. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa SUKUM 38 Haji Abdul Razi Mohamad Fadhil dan Pengarah Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp Dr Tajul Arifin Mohamad hadir di majlis itu.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dipilih menjadi tuan rumah SUKUM ke 39 tahun depan.
![]()
