Majlis Anugerah Sukan Ke-24 ÿÈÕ´óÈüapp Dan Pelancaran ÿÈÕ´óÈüapp FC

Oleh Nurul Haziqah Abdul Halim
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 25 April 2014 – Pemain bola sepak Reuben Thayaparan dan pemain sofbol Nor Fatin Syuhada bt Abu Bakar telah dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) bagi tahun 2013.
Pemilihan mereka diumumkan pada Majlis Anugerah Sukan Tahunan Ke-24 ÿÈÕ´óÈüapp di DECTAR minggu lalu.
Mereka menerima piala, sijil dan wang tunai RM1000 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Razali Ibrahim.
Dato’ Razali juga menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi 21 kategori sukan dan melancarkan Kelab Bola Sepak (ÿÈÕ´óÈüapp FC) di majlis itu. ÿÈÕ´óÈüapp FC telah ditubuhkan pada tahun 2013 untuk mengambil bahagian dalam Liga FAM. Antara pencapaiannya adalah menjadi Juara Piala Menteri KPT 2012, tempat kedua dalam Liga IPT pada tahun 2013 dan sekarang, mendahului Liga IPT 2014 dalam Divisyen 1.
Anugerah Olahragawan bagi kategori kakitangan lelaki dimenangi oleh pemain sepak takraw Mohd Muqlis Borhan, manakala Anugerah Olahragawati dimenangi pemain bola tampar Iza Nurfitriana Mohd Nor.
Dato’ Razali seorang alumni ÿÈÕ´óÈüapp dalam ucapannya menceritakan pengalaman tinggal di kampus ÿÈÕ´óÈüapp sebagai pelajar undang-undang sekitar 20 tahun lalu dan ketika beliau menjadi kapten pasukan ragbi ÿÈÕ´óÈüapp.
Ketua Pegawai Eksekutif CEO Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, Lim Swee Keat yang menghadiri majlis itu telah menderma RM50,000 kepada ÿÈÕ´óÈüapp untuk perbelanjaan pengurusan ÿÈÕ´óÈüapp FC. Beliau menyerahkan replika cek kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Datin Noor Aziah Hj Mohd Awal.
![]()


