ÿÈÕ´óÈüapp Tubuhkan Satu Lagi Pusat Kesihatan Masyarakat

Oleh Shahfizal Musa
Foto Ikhwan Hashim
BERANANG, 16 Mar 2014 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) hari ini melancarkan satu lagi Pusat Latihan Kesihatan Komunitinya (PULAKEM), di sini.
Pusat itu adalah yang ke empat ditubuhkan oleh Fakulti Perubatannya dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.
Pusat kesihatannya itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajarnya terutama mengenai kesihatan luar bandar dan pada masa yang sama dapat memberi khidmat kesihatan kepada masyarakat sekitarannya.
Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata penubuhan pusat itu menunjukkan betapa seriusnya ÿÈÕ´óÈüapp berperanan memberi khidmat kesihatan kepada rakyat di luar bandar.
Beliau menghuraikan bagaimana sesetengah pihak telah meragui kemampuan ÿÈÕ´óÈüapp apabila menubuhkan Fakulti Perubatan pada 1972 kerana sebahagian besar pengajarannya adalah dalam bahasa Inggeris padahal tumpuan ÿÈÕ´óÈüapp adalah terhadap memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu di peringkat universiti.
Mereka juga telah mempersoalkan apakah jenis doktor yang akan dihasilkan ÿÈÕ´óÈüapp?
Tetapi kini setiap keraguan yang pernah ditimbulkan itu telah pun terjawab. Hasil daripada keinginan tulus ikhlas untuk berbakti kepada masyarakat dan negara, Fakulti Perubatan ÿÈÕ´óÈüapp telah pun mencapai lebih daripada apa yang disasarkan, kata Prof Noor Azlan.
ÿÈÕ´óÈüapp sehingga kini telah menghasilkan 5384 pengamal perubatan, ada yang bekerja di luar negara. Selain itu ÿÈÕ´óÈüapp juga telah menghasilkan 2814 pakar perubatan.
Selaras dengan tanggungjawabnya mengeluarkan doktor, ÿÈÕ´óÈüapp juga telah membuat banyak penemuan dalam bidang perubatan, hingga berjaya menaikkan nama baik ÿÈÕ´óÈüapp di rantau ini.
Prof Noor Azlan berkata dalam pada itu ÿÈÕ´óÈüapp tetap memberi tumpuan untuk membela dan berbakti kepada masyarakat, ia itu suatu tanggungjawabnya yang ia tidak pernah abaikan atau meragui.
Penubuhan Pusat-pusat Latihan Kesihatan Komunitinya memastikan masyarakat luar bandar akan turut mendapat faedah daripada penemuan ÿÈÕ´óÈüapp serta khidmat kepakarannya yang dibawanya terus kepada masyarakat.
ÿÈÕ´óÈüapp tidak mengharapkan penghargaan tetapi berterima kasih kepada masyarakat Beranang kerana memberi peluang kepada universiti untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Prof Noor Azlan berkata pelajarnya akan mendapat pendedahan yang amat berharga dan tahu apa yang akan dihadapi setelah lulus dan ditempatkan di luar bandar apabila bekerja.
Pusat itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah ÿÈÕ´óÈüapp Profesor Emeritus Dato’ Dr Mohamad Zawawi Ismail.
Turut hadir Dekan Fakulti Perubatan Profesor Dato Dr Raymond Azman Ali serta orang ramai di sini.
![]()


