ÿÈÕ´óÈüapp

Flinders University Tawar Program Doktor Falsafah Cotutelle Untuk Pelajar ÿÈÕ´óÈüapp

SELASA, 06 MEI 2014 10:28

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Saiful Bahri Kamaruddin

BANGI, 25 April 2014 – Flinders University di Adelaide, Australia menawarkan program biasiswa kedoktoran kepada pelajar pasca-siswazah sains dan kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) yang boleh dilakukan di kedua-dua universiti dengan diselia oleh penyelia tesis di setiap institusi.

Pro Naib Canselor (Antarabangsa) Flinders University Profesor Nancy Cromar berkata pelajar kedoktoran ÿÈÕ´óÈüapp akan menghadiri kedua-dua universiti berselang-seli dengan mereka dikehendaki mengambil hanya satu peperiksaan menyeluruh.

Prof Cromar memberitahu demikian kepada Portal Berita ÿÈÕ´óÈüapp selepas membincangkan cadangan itu dengan Pengarah Pusat Hubungan Antarabangsa ÿÈÕ´óÈüapp Prof Dr Imran Ho Abdullah di sini hari ini mengenai tawaran dikenali sebagai Program Doktor Falsafah Cotutelle.

Beliau menjelaskan bahawa Flinders University akan menyumbang sejumlah A$10,000 kepada setiap pelajar ÿÈÕ´óÈüapp dengan pembiayaan setara diberikan oleh ÿÈÕ´óÈüapp menjadikan jumlah sebenar biasiswa sebanyak A$20,000 bagi setiap pelajar, ia itu ÿÈÕ´óÈüapp menyediakan sejumlah RM30,200 bagi setiap calon.

Setiap pelajar ÿÈÕ´óÈüapp yang mengikuti program itu perlu membuat pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan di Flinders University. Pelajar yang berjaya mengikuti program itu akan menerima ijazah doktor falsafah dengan disebut kerjasama Cotutelle padanya.

Prof Cromar yakin hubungan antara kedua universiti akan bertambah baik walaupun terdapat beberapa cabaran awal. Hubungan mereka telah berkembang dengan baik dengan kehadiran kumpulan pertama lima mahasiswa ijazah ÿÈÕ´óÈüapp yang ditaja oleh kerajaan Malaysia. Majoriti daripada pelajar itu mengikuti kursus di Pusat Pengajian Kimia dan Sains Fizikal (CAPS) Fakulti Sains dan Kejuruteraan, Flinders.

Pada tahun ini Fakulti Sains dan Kejuruteraan Universiti Flinders akan menerima pembiayaan melalui skim Asia Bound Mobility untuk menghantar lima pelajar Nanoteknologinya ke ÿÈÕ´óÈüapp untuk program semester pertama pada tahun 2015.

Pengurus Negara Pusat Antarabangsa Flinders University Ian Sebastian berkata CAPS telah menerima lima orang mahasiswa ÿÈÕ´óÈüapp ke Flinders untuk program mobiliti selama satu tahun dengan dibiayai Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau yakin hubungan antara ÿÈÕ´óÈüapp dan Flinders akan dipertingkatkan lagi melalui program bengkel musim panas yang dikendalikan di ÿÈÕ´óÈüapp oleh pemimpin-pemimpin CAPS, yang akan diadakan pada bulan Jun ini, kali ketiga ia diadakan tahun ini.

Beliau berkata kakitangan dari kedua-dua institusi juga telah melakukan lawatan bersaling jangka pendek yang memberi tumpuan kepada penyelidikan, bengkel dan kerja-kerja makmal dalam bidang Patologi Pertuturan.

Prof Comar dan Sebastian juga telah menemui Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp Prof Dato’ Dr Noor Azlan Ghazali dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa) Prof Ir Dr Riza Atiq Abdullah OK Rahmat selepas perbincangan dengan Prof Imran Ho.