ÿÈÕ´óÈüapp

Pelajar ÿÈÕ´óÈüapp Harus Mendukung Roh Penubuhannya

ISNIN, 05 MEI 2014 08:41

Oleh Abd Razak Hussin
Foto Abd Raai Osman

BANGI, 28 Apr 2014 – Semua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) harus diserapkan dengan ciri istimewa penubuhannya yang tersendiri dan unik berbanding pelajar dari universiti lain.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata masyarakat meletakkan harapan besar ke atas ÿÈÕ´óÈüapp untuk menyediakan sistem pendidikan tinggi beracuan kebangsaan yang dapat mengangkat kedudukan rakyat kepada kehidupan yang lebih baik.

Justeru siswazah ÿÈÕ´óÈüapp harus memahami permasalahan masyarakat dan berupaya dapat memenuhi kehendak itu, katanya ketika merasmikan kursus tiga hari untuk Felo Kolej Kediaman di Dusun Eco Resort Bentong Pahang baru-baru ini.

Dalam konteks itu, Felo Kolej Kediaman memikul tanggungjawab yang besar untuk membimbing pelajar supaya setiap aktiviti mereka mempunyai impak yang dikehendaki dan pelajar sendiri dapat menilai apakah hasil sebenar daripada setiap aktiviti mereka mencapai objektifnya.

Prof Noor Azlan berkata dalam tempoh tiga hingga lima tahun mereka berada di ÿÈÕ´óÈüapp, apakah nilai yang terbentuk dalam diri mereka?

Oleh sebab mereka belajar di ÿÈÕ´óÈüapp, mereka harus muncul dengan ciri yang berbeza, istimewa dan unik, katanya.

Dengan itu Felo Kolej Kediaman harus berusaha sedaya upaya untuk menerapkan hasrat mendukung roh penubuhan ÿÈÕ´óÈüapp dalam kalangan semua siswazahnya.

Beliau meminta peserta untuk mengimbau sejarah perjuangan ÿÈÕ´óÈüapp yang sangat istimewa dan berbeza dengan mana-mana universiti lain dan yakin ia mampu menjadi universiti kebanggaan negara.

Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Datin Nor Aziah Mohd Awal dan semua pengetua Kolej Kediaman.