PERSADA Canselori Diperkenalkan Untuk Mengukuhkan Peranan ÿÈÕ´óÈüapp

Oleh Shahfizal Musa
Foto Ikhwan Hashim & Shahiddan Saidi
BANGI, 20 Mei 2014 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) hari ini memperkenalkan PERSADA Canselori, sebuah platform untuk mengukuhkan peranannya sebagai pendaulat amanah negara.
Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali membuat pengumuman itu ketika berucap sempena sambutan ulang tahun ÿÈÕ´óÈüapp yang ke-44, di sini hari ini.
Beliau berkata PERSADA Canselori akan dijadikan suatu landasan bagi isu penting negara dapat dibincangkan demi kepentingan masyarakat dengan hasrat apabila PERSADA Canselori bersuara negara akan memberi perhatian.
PERSADA Canselori terletak di bahagian Foyer bangunan Canselori ÿÈÕ´óÈüapp. Ia bukan sahaja akan digunakan sekadar aktiviti penjenamaan baru tetapi juga berupa suatu tindakan simbolik bahawa ÿÈÕ´óÈüapp amat serius dalam menjalankan peranannya sebagai pendaulat amanah negara yang sentiasa bersedia untuk memahami permasalahan masyarakat.
Beliau berkata banyak telah berubah dalam tempoh 44 tahun semenjak ia ditubuhkan. Kini ÿÈÕ´óÈüapp perlu menyesuaikan dirinya untuk terus ke hadapan dan menangani cabaran serta pergolakan yang sedang berlaku di seluruh dunia.
Prof Noor Azlan juga menggariskan enam bidang tumpuan utamanya bagi melonjakkan ÿÈÕ´óÈüapp maju ke hadapan.
Pertama, melahirkan graduan yang menjadi pilihan majikan dan industri. Ini boleh dilakukan dengan memberi penekanan kepada jati diri dan perwatakan pelajarnya ke suatu tahap yang mereka akan dikenali dan dihormati.
Kedua mewujudkan hubungan dan kerjasama erat dengan semua pihak berkepentingan dengan ÿÈÕ´óÈüapp supaya impaknya berkesan dan dapat dilihat serta dirasai.
Ketiga adalah berusaha menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi. Jumlah penyelidikan sahaja tidak memadai dan bukan menjadi pengukur utama. Bahkan penemuan yang diperolehi harus benar-benar bermakna supaya dapat memberi faedah kepada masyarakat dan negara. Inilah apa yang dikehendaki daripada penyelidikan bukanlah jumlahnya sahaja.
Keempat memupuk budaya inovasi dalam kalangan semua penggerak utamanya. Setiap warga ÿÈÕ´óÈüapp tanpa mengira pangkat atau jabatan perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk memajukan ÿÈÕ´óÈüapp.
Inovasi tidak harus tertumpu kepada penyelidik semata-mata tetapi perlu diamalkan oleh semua pihak dan agensi di universiti ini.
Kelima ialah mengusahakan penjanaan pendapatan sendiri supaya boleh menghadapi peruntukan yang semakin berkurangan seperti yang dialami semua institusi pengajian tinggi awam.
ÿÈÕ´óÈüapp kini mempunyai sejumlah lebih daripada 300 orang profesor, iaitu kira-kira 15 peratus daripada jumlah warga kerjanya. Prof Noor Azlan percaya sekiranya semua profesor berusaha menggerakkan kepakaran mereka dengan kerja-kerja perundingan melalui platform yang sedia ada, ÿÈÕ´óÈüapp boleh menjana lebih daripada RM120 juta yang diperlukan untuk operasinya setiap tahun.
BIdang tumpuan terakhir ialah menaikkan taraf prasarananya bagi memastikan ia setaraf dengan keperluan semasa. Sebagai contoh pelajar seharusnya tidak lagi perlu turun dari kolej kediaman mereka untuk mendapatkan capaian Internet.
Beliau berkata keenam-enam usaha itu akan memastikan ÿÈÕ´óÈüapp kekal relevan dan pada masa yang sama dapat memenuhi peranannya sebagai pendaulat amanah negara.
Perubahan perlu dilakukan untuk mencapai matlamat ÿÈÕ´óÈüapp sebagai pendukung kemajuan negara, relevan, dirujuk dan dihormati.
Upacara pelancaran sambutan itu dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah ÿÈÕ´óÈüapp Prof Emeritus Dato’ Dr Mohammad Zawawi Ismail. Antara yang hadir ialah warga ÿÈÕ´óÈüapp, alumni, guru dan murid Sekolah Kebangsaan Tumpat, Kelantan.
![]()


