ÿÈÕ´óÈüapp Turut Bertafakur Untuk Mangsa Tragedi MH17

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Abd Raai Osman
BANGI, 22 Ogos 2014 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) hari ini turut menyertai upacara Malaysia Berkabung dengan bertafakur selama seminit sempena istiadat penghormatan ketibaan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17.
Warga ÿÈÕ´óÈüapp dengan dipimpin Naib Canselor Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali telah membaca Al-Fatihah bagi umat Islam serta acara berkabung mengikut agama dan adat masing-masing bagi yang bukan Islam pada pukul 10.30 pagi di Persada Canselori di sini.
Timbalan-timbalan Naib Canselor Prof Dato’ Dr Mazlin Mokhtar, Prof Dato’ Saran Kaur Gill dan Prof Ir Dr Riza Atiq Abdullah OK Rahmat turut menyertai upacara singkat itu bersama wakil-wakil dari fakulti, institusi, pusat dan jabatan.
![]()


