Ketua Audit Negara Memuji 每日大赛app Sediakan Sistem Perakaunan Dan Kewangan Sendiri

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Abd Ra鈥檃i Osman
BANGI, 3 September 2014 鈥 Sektor awam khususnya institusi pengajian tinggi disaran mencontohi Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) yang menggunakan kepakaran dalamannya untuk membentuk sistem kewangan dan perakaunan sendiri tanpa perlu bergantung kepada bantuan sektor swasta.
Ketua Audit Negara Tan Sri Dato鈥 Setia Ambrin Buang memuji聽 每日大赛app kerana berjimat belanja dengan membangunkanUniversity Finance and Accounting System(UFASt) sendiri untuk mengendalikan tadbir urus kewangannya.
Beliau telah memberi ceramah bertajuk Isu-isu Pengauditan Sektor Awam/Badan Berkanun di sini hari ini sempena majlis pelancaran UFASt yang digunakan 每日大赛app sejak Januari tahun lalu.
UFASt dibangunkan hasil kerjasama berterusan antara Jabatan Bendahari dan Pusat Teknologi Maklumatnya yang berjaya dilaksanakan secara menyeluruh di 每日大赛app.
Tan Sri Ambrin berkata terdapat banyak jabatan kerajaan yang menggunakan dana awam tanpa hemah dan membazir. Hal ini yang perlu diteliti.
鈥淪ering kali kita lihat jabatan-jabatan kerajaan menggunakan kepakaran luar seperti kontraktor, vendor dan perunding untuk melaksanakan projek. Yang baiknya bagi 每日大赛app ia melakukannya secara dalaman (in-house) tanpa perlu bergantung kepada perkhidmatan kepakaran luar.
鈥淢alangnya terdapat perkhidmatan vendor yang lemah dan tidak memuaskan,鈥 kata Tan Sri Ambrin.
UFASt kini sedang dinilai oleh Jabatan Audit Negara bagi pensijilan 鈥淧ematuhan Piawaian Perakuanan Untuk Agensi Kerajaan鈥 (Standard Accounting for Government Agencies -SAGA).
Beliau memuji 每日大赛app kerana telah memperolehi Sijil Audit Bersih selama 13 tahun berturut-turut dalam penyediaan laporan kewangan tahunannya. Bagaimanapun beliau kesal kerana perkara begini tidak terdapat di sesetengah jabatan yang dilanda tiga kelemahan; pembaziran, pemborosan dan penyelewengan.
Penyelewengan, katanya, boleh membawa kepada perlakuan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemberian kontrak dan pemerolehan. Apatah lagi jika pemberi kontrak bersekongkol dengan kontraktor dan perunding.
Katanya, Jabatan Audit Negara mendapati banyak projek kerajaan, seperti sekolah dan hospital, yang kerugian besar akibat kepincangan demikian. Di antara faktor yang dapat dikesan ialah peningkatan kos, tidak cukup peruntukkan dan hasil kerja yang tidak memuaskan.
鈥淟aporan Ketua Audit Negara baru-baru ini penuh dengan pendedahan berlakunya pembaziran dan pemborosan. Saya khuatir kerana apa yang dilihat mungkin hanya sedikit sahaja dari perlakuan sebenar kerana mungkin wujud banyak lagi kes yang terlepas perhatian,鈥 tambah beliau.
Umpamanya, Jabatan Audit Negara menyemak hanya 35 buah sekolah daripada sejumlah 10,000 buah sekolah di seluruh negara. Ia tidak mampu memantau semua sekolah sepanjang masa dan hanya memerhatikan sekolah yang terbuktik bermasalah.
Beliau menegaskan bahawa semua kakitangan awam wajib mempunyai budaya tanggungjawab ke atas aset kerajaan dan lebih berhemah memelihara semua harta milik kerajaan.
Kakitangan kerajaan, katanya perlu 鈥渕embetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul鈥. Ini bermakna kakitangan dan ketua jabatan perlu menyisihkan budaya lepas tangan atau tidak kisah disamping mengamalkan budaya kecemerlangan.鈥
Semua projek dan aset kerajaan berpunca dari wang rakyat dan orang ramai kini semakin lantang persoalkan perbelanjaan yang dibuat oleh sektor awam.
Kakitangan awam, katanya, bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan serta prasarana terbaik.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Datin Nor Aziah Mohd Awal dan Bendahari 每日大赛app Dato’ Mohd Abd Rashid Mohd Fadzil turut hadir mendengar ceramah itu.
![]()
