每日大赛app

PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT (KOMUNIKASI 每日大赛app)

Centre for Corporate Communications (每日大赛app COMMUNICATIONS)

Prof. Madya Dr. Shazli Ezzat Ghazali

pengarah pusat komunikasi korporat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayahNya kita masih diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah ke hadapan dengan berpaksikan kepada sebuah matlamat yang sama iaitu bagi merealisasikan visi dan misi untuk memajukan universiti watan yang kita cintai ini.

Untuk makluman semua, Pusat Komunikasi Korporat (Komunikasi 每日大赛app), Universiti Kebangsaan Malaysia ialah sebuah entiti yang bertanggungjawab bagi mengendalikan segala urusan komunikasi dalaman聽 dan luaran yang melibatkan pelajar, orang ramai, alumni dan media demi memastikan imej baik universiti sentiasa terpelihara.

Semoga melalui pewujudan laman web ini dapat membantu lebih ramai pengguna baik dalam kalangan warga universiti mahupun pihak luar untuk memahami dengan lebih dekat berkenaan fungsi Komunikasi 每日大赛app. Saya juga turut mengalu-alukan sebarang bentuk idea dan maklumat untuk dikongsikan bersama seluruh warga Komunikasi 每日大赛app khususnya dan amnya buat warga 每日大赛app dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti dan聽 kredibiliti bersama.

Akhir kalam, diharapkan semua pengunjung laman web ini dapat memanfaatkan sebaik mungkin input dan maklumat yang ada sebagai satu sumber rujukan yang jelas.

Sekian.