GARIS PANDUAN PENYELIDIKAN
մմ䴡鴡MENJALANKAN PENYELIDIKAN DI JABATAN RADIOLOGI FPER DAN HCTM
1.0 TUJUAN
Garis Panduan ini menerangkan tatacara menjalankan penyelidikan di JabatanPerkhidmatan Radiologi HCTM mengikut kategori-kategori ketua penyelidik yang terlibat.
2.0 PANDUAN
2.1 KATEGORI PENYELIDIK DI ÿմapp
Kakitangan Jabatan Radiologi / Pelajar Radiologi di bawah program akademik Jabatan Radiologi (melalui penyelia utama):
- Calon hendaklah membentangkan proposal penyelidikan di peringkat jabatan untuk dinilai oleh barisan panel pemeriksa yang telah dilantik.
- Proposal yang telah dinilai dan diluluskan oleh panel pemeriksa hendaklah dimajukan kepada Jawatankuasa Etika Penyelidikan ÿմapp berserta borang dan dokumen iringan yang berkaitan, yang boleh didapati di /jepukm/borang-jepukm/. Sila baca garis panduan permohonan etika penyelidikan dengan teliti.
- Kelulusan etika penyelidikan akan diperoleh dalam tempoh 1 hingga 3 bulan, disusuli dengan surat kebenaran menjalankan penyelidikan oleh Sekretariat Penyelidikan & Inovasi / Pejabat Pengarah HCTM.
- Projek penyelidikan yang menggunakan modaliti di jabatan atau menggunakan data/imej/laporan radiologi boleh mengaksesnya mengikut keperluan penyelidikan tersebut di bawah seliaan penyelidik utama atau penyelidik bersama dari kalangan Pensyarah Perubatan Radiologi/Pakar Radiologi/Kakitangan Jabatan Radiologi yang berdaftar di bawah projek penyelidikan tersebut tertakluk kepada kadar caj tertentu sekiranyaberkaitan.
- Caj-caj tertentu akan dikenakan ke atas penyelidik atau geran penyelidikan untuk perkhidmatan berkaitan penyelidikan, berdasarkan pekeliling-pekeling yang telah diedarkan (Sila rujuk lampiran-lampiran di dalam dokumen ini).
- Projek penyelidikan yang melibatkan kolaborasi bersama institusi luar memerlukan perjanjian penyelidikan (RA) / memorandum persefahaman (MoU) / memorandum perjanjian (MoA) yang memerlukan penyelidik bekerjasama dengan Pejabat Undang-undang Kampus Kuala Lumpur ÿմapp untuk melengkapkan draf perjanjian. Format perjanjian boleh didapati di /provckl/ms/pejabat-undang-undang-kkl/. Permohonan mengadakan RA/MoU/MoA boleh dibuat di dalam Sistem MoU/MoA ÿմapp setelah kelulusan etika penyelidikan.
Penyelidik Luar (Selain Jabatan Radiologi):
- Penyelidik luar ÿմapp perlulah memastikan Pensyarah Perubatan Radiologi/Pakar Radiologi/Kakitangan Jabatan telah dinamakan sebagai penyelidik bersama di dalam projek penyelidikan, terutamanya projek penyelidikan yang akan menggunakan kepakaran dan modaliti radiologi, imej radiologi atau laporan/data radiologi.
- Proposal hendaklah dimajukan kepada Jawatankuasa Etika Penyelidikan ÿմapp melalui nama Pensyarah Perubatan Radiologi/Pakar Radiologi/Kakitangan Jabatan berserta borang dan dokumen iringan yang berkaitan, yang boleh didapati di /jepukm/borang-jepukm/. Sila baca garis panduan permohonan etika penyelidikan dengan teliti.
- Penyelidik perlu mempunyai dana penyelidikan yang mencukupi untuk tujuan penyelidikan di Jabatan Radiologi sebagai menampung kadar-kadar caj di jabatan untuk tujuan penyelidikan, seperti yang telah disarankan oleh Sekretariat Penyelidikan & Inovasi, Fakulti Perubatan ÿմapp (Lampiran 1), contohnya seperti penggunaan modaliti radiologi / dapatan imej atau laporan radiologi. Kelulusan etika penyelidikan akan diperoleh dalam tempoh 1 hingga 3 bulan, disusuli dengan surat kebenaran menjalankan penyelidikan oleh Sekretariat Penyelidikan & Inovasi / Pejabat Pengarah HCTM.
- Perkhidmatan bagi sebarang aktiviti penyelidikan yang menggunakan modaliti radiologi akan dijadualkan di luar waktu pejabat, supaya tidak menggangu operasi dan perkhidmatan klinikal di jabatan. Modaliti radiologi akan diutamakan kepada perkhidmatan klinikal di HCTM dan pihak jabatan berhak meminda sebarang jadual penggunaan modaliti radiologi untuk penyelidikan mengikut keperluan perkhidmatan.
- Dengan demikian, penyelidik juga perlu memiliki dana untuk membayar saguhati aktiviti penyelidikan/khidmat professional/ikhtisas untuk kakitangan bukan penyelidik yang perlu bertugas membantu kajian di luar waktu pejabat. Jumlah kadar saguhati adalah deperti di Lampiran 2 manakala garis panduan bayaran saguhati boleh dirujuk di dalam Lampiran 3. Pihak penyelidik perlu berbincang secara terus dengan penyelia kakitangan terlibat berkenaan dengan kadar bayaran, kaedah bayaran dan sebagainya.
- Sekiranya kolaborasi penyelidikan tersebut melibatkan perjanjian penyelidikan (Research Agreement) / memorandum persefahaman (MoU) / memorandum perjanjian (MoA), penyelidik perlu bekerjasama dengan penyelidik ÿմapp untuk menyelesaikan draf perjanjian yang disediakan oleh Pejabat Undang-undang Kampus Kuala Lumpur ÿմapp selepas mendapatkan kelulusan etika penyelidikan dan kebenaran menjalankan projek penyelidikan. Format perjanjian boleh didapati di /provckl/ms/pejabat-undang-undang-kkl.
- Penyelidik yang telah memiliki kelulusan etika penyelidikan dan kebenaran menjalankan penyelidikan hendaklah membuat permohonan rasmi (surat/e-mel) kepada Ketua Jabatan Radiologi untuk menggunakan modaliti radiologi atau mengambil data/imej radiografi pesakit/laporan radiologi untuk tujuan penyelidikan. Lampirkan dokumen-dokumen kelulusan tersebut berserta dokumen lengkap yang menunjukkan projek tersebut mempunyai dana penyelidikan yang mencukupi dan telah melantik Pensyarah Perubatan Radiologi/Pakar Radiologi/Kakitangan Jabatan sebagai Penyelidik Bersama.
- Setelah mendapat maklumbalas daripada Ketua Jabatan Radiologi, penyelidik boleh meneruskan proses dengan menghubungi penyelia/koordinator unit yang berkaitan untuk langkah pengumpulan data-data penyelidikan seterusnya (Lampiran 4).
2.2JENIS-JENIS KADAR CAJ BAGI TUJUAN PENYELIDIKAN DI JABATAN RADIOLOGI ÿմapp
Caj PenggunaanModalitiRadiologiBagiTujuanPenyelidikan
- Setiap penyelidikan yang memerlukan subjek kajian menjalanipemeriksaan/imbasan radiologi secara prospektif akan dikenakancaj pemeriksaan/imbasan radiologi bagi tujuan penyelidikanmengikut modaliti tertentu (Lampiran 5). Sekiranya imbasantersebut melibatkan penggunaan media kontras, penyelidik perlumenyediakannya melalui geran penyelidikan di bawah vot bahanpakai habis/alatan penyelidikan sebelum pengimejan di jabatandijalankan.
- SetiapmodalitidiJabatanRadiologidiseliaolehJuruX-Ray Kanan yang akan bertindak sebagai Ketua Unit/Penyelia bagi unit tersebut. Mereka juga akan berperanan sebagai koordinator bagi projek penyelidikan yang dijalankan di unit mereka seperti di Lampiran 4. Penyelidik yang telah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan Radiologi untuk menggunakan modaliti jabatan hendaklah menghubungi koordinator tersebut bagi langkah seterusnya; seperti mengesahkan protokol yang akan digunakan, kajian rintis(pilot testing), giliran penggunaan modaliti, temujanji subjek penyelidikan, lantikan Juru X-ray akan akan bertugas di luar waktu bekerja dan sebagainya (sediakan bukti kebenaran Ketua Jabatan untuk rujukan koordinator).
- PenyelidikbertanggungjawabuntukmelengkapkanBorangPengesahan Menjalankan Penyelidikan (Lampiran 6) bagi setiap subjek kajian untuk setiap pemeriksaan (sebelum prosedur dijalankan),sebagai ganti bayaran perkhidmatan pesakit di kaunter Unit Hasil HCTM. Borang ini digunakan sebagai dokumen untuk pihak kewangan mengenakan caj pemeriksaan daripada geran penyelidikan projek. Dinasihatkan supaya penyelidik membuat salinan pendua bagi borang-borang tersebut untuk rekod simpanan penyelidik dan koordinator unit (dicop “Diterima” oleh kakitangan kaunter Unit Hasil HCTM semasa menyerahkannya di kaunter Unit Hasil).
Caj Dapatan Imej/Laporan/Data Radiologi Bagi Tujuan Penyelidikan
- Setiap penyelidikan yang memerlukan dapatan data pesakit, imej radiografi pesakit atau laporan radiologi pesakit akan dikenakan caj mengikut kadar yang telah ditetapkan di dalam pekeliling kewangan pada 2024 (Lampiran 7).
- Unit PACS & 3D Lab Jabatan Perkhidmatan Radiologi adalah pihakyang terlibat di dalam membantu penyelidik mengakses data/imej/laporanbagi tujuan penyelidikan. Penyelidik boleh menghubungi penyeliaunit/koordinator yang berkenaan untuk tujuan tersebut.Penyelidik bertanggungjawab melampirkan dokumen kelulusanpenyelidikan dan kebenaran daripada Ketua Jabatan Radiologi untukrujukan pihak Unit PACS & 3D; bersama-sama dengan BorangPermohonan Imej / Data Radiologi Bagi Tujuan Penyelidikan (Lampiran 8)yang telah diselesaikan bayarannya di kaunter Unit Hasil.
- Setelah urusan pembayaran caj selesai, penyelidik akan mendapat tarikhdan masa temujanji dari Unit PACS & 3D untuk menggunakan komputeryang dikhaskan bagi menjalankan carian data/imej radiografi untukpenyelidikan. Pegawai bertugas di Unit PACS & 3D akan menunjuk-ajarpenyelidik cara untuk mengakses data/imej radiografi yang diperlukan olehprojek penyelidikan masing-masing.
- Kebenaran menggunakan komputer yang dikhaskan tertakluk kepadakelulusan pegawai Unit PACS & 3DJabatan Radiologi HCTM. Penyelidikadalah bertanggungjawab mematuhi syarat-syarat etika penyelidikan didalam memastikan data/imej/laporan pesakit adalah dilindungi dan hanyadigunakan untuk tujuan penyelidikan semata-mata. Penyelidik yangmelanggar peraturan ini boleh dikenakan tindakan yang termaktub didalam etika penyelidikan manusia.
2.3STATUS KEPENGARANGAN DAN PENGHARGAAN TERHADAP KAKITANGAN JABATANRADIOLOGI ÿմapp
Penyelidik dinasihatkan untuk memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepadakakitangan Jabatan Radiologi ÿմapp dalam sebarang output penyelidikan (seperti jurnal,tesis, atau pembentangan poster/oral) berdasarkan kriteria berikut:
Kepengarangan (Authorship): Kakitangan yang terlibat secara signifikan dalam rekabentuk kajian, analisis data radiologi yang kompleks, interpretasi imej klinikal, ataupenulisan manuskrip hendaklah dinamakan sebagai Penulis Bersama (Co-author)mengikut garis panduan International Committee of Medical Journal Editors(ICMJE).
Penghargaan (Acknowledgement): Kakitangan (seperti Juru X-Ray atau Unit PACS & 3D Lab) yang memberikan bantuan teknikal yang penting, pengurusan data, atau bantuan prosedur klinikal yang tidak memenuhi kriteria kepengarangan penuh hendaklah disenaraikan di dalam ruangan Penghargaan (Acknowledgement) dalam mana-mana output penyelidikan.
Penyelidik perlu maklum bahawa pembayaran saguhati atau caj perkhidmatan (professional fees) bagi aktiviti penyelidikan adalah bertujuan untuk menampung kos operasi dan masa kakitangan. Pembayaran tersebut tidak menafikan nilai sumbangan profesional kakitangan tersebut. Oleh itu, pemberian penghargaan di dalam penulisan ilmiah tetap digalakkan sebagai tanda pengiktirafan terhadap sumbangan teknikal dan kepakaran yang diberikan oleh jabatan.
LAMPIRAN
Bil | No. Dokumen | Tajuk |
|---|---|---|
1 | ÿմapp 1.5.3.5/226/2 | Lampiran 1 Keperluan Dana Penyelidikan untuk Pemeriksaan Makmal dan Radiologi |
2 | ÿմapp BEN 100-1/3/3 | Lampiran 2 Kadar Bayaran Saguhati Penyelidikan |
3 | ÿմapp.PPI.100-1/3/2 | Lampiran 3 Garis Panduan Bayaran Saguhati Penyelidikan |
4 | – | Lampiran 4 Penyelaras-Koordinator Penyelidikan di JPRAD |
5 | ÿմapp.HTM.3/349/303/4 | Lampiran 5 Caj Pemeriksaan Radiologi untuk Penyelidikan |
6 | HCTM/JKIK/KEW/B18(Pin. 1/2024) | Lampiran 6 Borang Pengesahan Menjalankan Penyelidikan |
7 | ÿմapp HTM. 3/224/2/4 | Lampiran 7 Pekeliling Kadar Caj Perkhidmatan di HCTM – Dapatan Imej Radiologi |
8 | HCTM/JKIK/RAD/B13 | Lampiran 8 Borang Permohonan Imej-Data-Laporan Radiologi untuk Penyelidikan |