ÿմapp

Ceramah Ramadan Perdana Bersama Syamsul Debat

‘𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐥𝐢 𝐈𝐧𝐢’ 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐫𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐁𝐚𝐢𝐤
Yayasan Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) mengadakan Ceramah Ramadan Perdana sempena Bulan Wakaf ÿմapp 2026 yang berlangsung dengan penuh pengisian, menyentuh jiwa dan menyemarakkan semangat beramal dalam bulan yang mulia ini.
Perkongsian bermakna oleh Tuan Syamsul Debat mengajak warga ÿմapp untuk menghayati tema “Ramadan Kali Ini…” sebagai titik permulaan ke arah perubahan diri yang lebih baik, dengan tekad untuk terus istiqamah dalam memperkukuh iman, meningkatkan amal soleh serta menyemarakkan budaya berwakaf.
Program ini sekali gus mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam menyuburkan nilai kebersamaan dan kebajikan. Semoga pengisian ini menjadi inspirasi untuk kita terus memberi, berkongsi dan meninggalkan legasi kebaikan.
Program yang diadakan di Persada Censelori ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali; Pro Naib Canselor Strategi dan Kewatanan, Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajika dan Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed .