ÿÈÕ´óÈüapp

Panduan Membuka Tabung/Dana Dalam Sistem Give2ÿÈÕ´óÈüapp

  1. Dapatkan kelulusan peringkat PTj (Pengurusan) yang memperincikan maklumat berikut:

    a. Objektif/matlamat yang ingin dicapai oleh Dana
    b. Jumlah dana yang diperlukan
    c. Perincian unjuran perbelanjaan/kegunaan dana
    d. Jangkamasa projek; termasuk carta perbatuan
    e. Jangkamasa pengumpulan dana (maksima setahun)
    f. Aktiviti pendanaan juga hendaklah mendapatkan kelulusan/penilaian dari pelulus berikut:

  1. Setiap dana yang bernilai lebih daripada RM500,000.00 atau mempunyai impak atasjenama ÿÈÕ´óÈüapp, perlu mendapatkan kelulusan/pemakluman MPU/LPU terlebih dahulu. Kesemua jenis dana (kecil atau besar) perlu dimaklumkan kepada YC bagi tujuan pelaporan dan rekod.
  2. Jika pengumpulan adalah bagi projek pelajar dan mempunyai kelulusan peringkat PTj/Fakulti, ianya memerlukan surat kelulusan dari Pusat Siswa/PPMPA dan ketua program fakulti terlibat.
  3. Satu set penuh kolateral pemasaran yang mempunyai nilai pemasaran baik. Urusetia sistem memerlukan set kolateral seperti berikut:

    a. Enam (6) Gambar dalam format jpg/png ber-resolusi tinggi yang menggambarkan objektif
    dana. Gambar tidak boleh di ambil dari pihak ketiga atau laman sesawang atas talian bukan
    hakmilik PTj/ÿÈÕ´óÈüapp.

    b. Opsyen satu (1) video yang memberikan penerangan berkenaan projek pendanaan. Video
    hendaklah mempunyai resolusi tinggi 1080p bagi mengekalkan kualiti laman sesawang
    Give2ukm.

    c. Maklumat dana terperinci termasuk brosur/borang/maklumat yang boleh dimuatnaik untuk
    kegunaan/perhatian penyumbang. Maklumat yang diberi hendaklah mengandungi
    penceritaan dana;

    i. Kenyataan permasalahan – masalah yang dihadapi sehingga tercetusnya ide penyelesaian.
    Termasuk masalah pengumpulan dana dan mengapa perlu bantuan penyumbang.
    Permasalahan hendaklah mendalam, menyentuh hati, mempunyai makna/nilai kepada
    kumpulan sasaran penyumbang dan tidak terlalu cetek dari segi keperluan.

    ii. Kenyataan jangkahayat – Faedah dan nilai (dari segi nilai RM/emosi/mental/fizikal) yang
    akan diterima/nikmati oleh masyarakat/pelajar/staf penerima projek/dana ini. Juga jangka
    hayat bantuan tersebut supaya penyumbang dapat membayangkan jangkauan
    sumbangan mereka.
  4. Setiap jenis dana TIDAK SEMESTINYA DIMUATNAIK ke dalam laman sesawang Give2ÿÈÕ´óÈüapp. Pihak YC berhak menyemak dan menentukan kedudukan/kepentingan dana di dalam laman sesawang tersebut. Penentuan adalah berdasarkan kepentingan dana tersebut pada Universiti di waktu cadangan (sistem hanya memaparkan 6 tabung terpenting pada sesuatu masa). Kepentingan akan dipertimbangkan seperti berikut:

    a. Peringkat dan tahap dana; cth, Pelajar/Fakulti atau PTj/mesyuarat pengurusan PTj berbanding
    dengan PTj/MPU atau PTj/LPU.

    b. Kesesuaian dana untuk dipaparkan.

    c. Jangkamasa pengumpulan. Jika dana mempunyai jangkamasa pengumpulan yang melebihi
    satu tahun atau selamanya, ianya akan diletakkan di dalam bahagian lain-lain.

    d. Kualiti dan jenis dana yang mempunyai impak (meningkatkan nilai jenama
    ÿÈÕ´óÈüapp/PTj/Staf/Pelajar).
  5. Nilai sasaran pengumpulan WAJIB diletakkan. Tarikh mula dan tamat pengumpulan juga perlu diletakkan.
  6. Pihak YC berhak menggantung atau mengeluarkan maklumat dana untuk siasatan lanjut jika terdapat kesalahan/kesilapan maklumat atau menerima maklumbalas negatif daripada penyumbang.