每日大赛app

25 Bakal Pelajar 每日大赛app Terima Bantuan

Oleh murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi


BANGI, 22 September 2023 鈥 Seramai 25 orang bakal pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) yang berasal dari keluarga berpendapatan RM1,000 ke bawah menerima bantuan daripada universiti tersebut menerusi Program Jejak Anak Watan.

Sumbangan tersebut merangkumi bantuan kewangan sebanyak RM1,000 secara tunai dan Bakul Rahmah bernilai RM200 kepada bakal pelajar yang akan mendaftar pada Sesi Akademik 2023/2024 pada minggu hadapan.

Menurut Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, bantuan ini disampaikan secara terus melalui lawatan ke rumah-rumah bakal pelajar meliputi Zon Tengah, Utara, Selatan dan Pantai Timur.

鈥淧rogram ini merupakan inisiatif pihak universiti bagi menyantuni pelajar yang tidak berkemampuan dengan memberikan suntikan kewangan untuk meringankan beban ekonomi terhadap keluarga pelajar.

鈥淪umbangan ini diharapkan dapat memberi dorongan kepada pelajar agar mereka dapat memulakan pelajaran di universiti dengan bersemangat tanpa perlu risau tentang kekangan kewangan,鈥 katanya.
Salah seorang pelajar yang menerima bantuan ini adalah Nur Fatehah Ramli yang bakal menyambung pengajiannya dalam program Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Sejarah) di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).

Beliau menerima sumbangan itu dari Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan yang berkunjung ke rumahnya di Kampung Rinching Hilir Bangi, Selangor, semalam.

Anak ketiga dari lima adik beradik itu berkata beliau bercita-cita untuk menjadi guru matapelajaran Sejarah setelah tamat pengajian.

鈥淪aya berterima kasih kepada 每日大赛app diatas sumbangan yang sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan saya di universiti seperti yuran pengajian dan kos sara hidup harian.

鈥淪umbangan ini amat bermakna kepada saya dan keluarga kerana kami menghadapi cabaran ekonomi dengan pendapatan bulanan sebanyak RM850, yang berasal dari pencen arwah bapa.

鈥淪aya berasa gembira kerana diterima masuk oleh 每日大赛app dan berharap saya dapat mengembirakan ibu saya dengan keputusan yang cemerlang pada setiap semester,鈥 katanya.

Leave a Reply