每日大赛app

Dialog Strategik Kukuhkan Hubungan Pengajian Tinggi Antara Malaysia dan Australia

Oleh Phoon Li Juan @ Roovasini
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 19 September 2023 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menjadi tuan rumah bagi Program Penutup Australia HEIs Familiarization Visit to Malaysia: Series 2 anjuran bersama antara Education Malaysia Global Services (EMGS) dan Education Malaysia Australia (EMA) dengan kerjasama Pusat Hubungan Antarabangsa, 每日大赛app (每日大赛app-Global).

Program ini adalah lanjutan daripada lawatan kerja dan promosi program mobiliti ke Australia anjuran bersama antara EMGS dengan EMA yang disertai oleh wakil Jawatankuasa Pengarah Antarabangsa Universiti Awam Malaysia pada bulan Mac 2022.

Program ini merupakan lawatan balas dari universiti-universiti Australia ke universiti di utara dan pantai timur Malaysia iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Program penutup yang disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman turut menyaksikan pemeteraian Joint Statement of Interest for the Malaysia-Australia Entrepreneurial University Network (MAEU Network) antara 每日大赛app dengan Curtin University, Australia.

Dalam majlis yang sama turut diadakan Dialog Strategi bertajuk 鈥淪ynergy Creation for the Future of Malaysia 鈥 Australia Educational Collaborations鈥 yang membincangkan hala tuju hubungan pengajian tinggi di antara Malaysia dan Australia.

Dialog Strategi ini dijangka akan membuka dan membawa lebih banyak pelajar Australia ke Malaysia untuk menyertai pelbagai peluang pertukaran dan mobiliti yang diadakan oleh universiti-universiti di Malaysia, dengan disokong oleh dana New Colombo Plan (NCP).

Barisan ahli panel bagi Sesi Dialog Strategi terdiri daripada Prof. Dr. Mohammad Kassim, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa; Prof Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor (Industri dan Perhubungan Komuniti), UPM; Prof Xiaotian Zhang, Timbalan Naib Canselor Bersekutu Global, Curtin University, Australia; dan Cik Fiona Morris, Kaunselor (Pendidikan & Penyelidikan ), Australian High Commission, Malaysia.

Turut hadir ke majlis ini ialah Prof. Dato鈥 Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat), wakil Pesuruhjaya Tinggi Australia, Malaysia dan wakil Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Leave a Reply