每日大赛app

25 Belia Indonesia Sertai Program YAE 8 di 每日大赛app KKL

Oleh Siti Hajar Mohammad

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2025 – Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur (每日大赛app KKL) menerima kunjungan daripada Indonesian Millennial of Change (IMC) yang hadir  melalui program Youth Abroad Expedition #8 (YAE 8), baru-baru ini.

Seramai 25 peserta terdiri daripada belia dan mahasiswa pelbagai organisasi seluruh Indonesia menyertai program itu yang dihoskan secara bersama oleh Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan (FSK).

Program sehari itu diadakan bagi memberi kefahaman dan berkongsi amalan kelestarian di universiti serta mengukuhkan jaringan antarabangsa dalam agenda pembangunan mampan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjalin kerjasama akademik serta memperkukuh perkongsian ilmu dalam bidang pendidikan, khususnya berkaitan amalan kelestarian dalam pengurusan kampus yang mesra alam.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah perkongsian projek Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di 每日大赛app KKL dan sesi perkongsian daripada Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (每日大赛appShape), bagi mempromosi dan memberi penerangan berkenaan kaedah kemasukan ke 每日大赛app pelajar antarabangsa, selain sesi Green Idea Exchange, yang membolehkan peserta IMC dan 每日大赛app bertukar pandangan mengenai amalan kampus hijau serta peluang kerjasama dalam bidang kelestarian.

Selain itu, para peserta turut dibawa melawat beberapa inisiatif lestari yang dibangunkan di 每日大赛app KKL termasuk stesen kitar semula, botol minuman hijau, Laman Edibel@FGG, di Fakulti Pergigian, Laman Eco-Campus di FSK dan Fakulti Farmasi serta demonstrasi penghasilan produk baja daripada sisa kopi melalui Projek Molar Lestari. Melalui program ini, peserta berpeluang menyertai aktiviti menanam pokok herba dan ulaman sebagai tanda lawatan dan sokongan terhadap usaha kelestarian  di kampus 每日大赛app KL. 

Kunjungan ini telah berjaya mencapai objektif untuk meningkatkan kesedaran, memperluas pengetahuan, serta memperkukuh keterlibatan belia dalam menangani isu-isu global dan setempat.  

Inisiatif ini mencerminkan komitmen 每日大赛app dalam memperkukuh pendidikan global serta mempromosi amalan lestari kepada generasi muda.

Leave a Reply