Oleh Khairatul Nadia
Foto Muhd Zubair Kassim
KUALA LUMPUR, 1 Mac 2025 鈥 Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) terus komited dalam memperkukuh sistem pendidikan kejururawatan dengan menaik taraf Makmal Kemahiran Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih moden dan efektif kepada pelajarnya.
Penambahbaikan itu dapat direalisasikan hasil kerjasama erat antara 每日大赛app dan sektor korporat, iaitu MR D.I.Y. Group (M) Sdn Bhd, yang telah menyumbang dana sebanyak RM120,000 menerusi Yayasan DIY.
Dekan Fakulti Perubatan Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki berkata sumbangan itu akan memberi impak besar terhadap kualiti pendidikan kejururawatan, sekaligus melahirkan tenaga kerja yang lebih bersedia menghadapi cabaran dalam bidang kesihatan.
鈥淜ejayaan pendidikan tinggi memerlukan kolaborasi strategik antara institusi akademik dan industri. Jadi, 每日大赛app sentiasa berusaha menyediakan kemudahan terbaik bagi memastikan pelajar mendapat latihan berkualiti tinggi,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Makmal Kemahiran Jabatan Kejururawatan, di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata dengan adanya fasiliti yang lebih moden, pelajar akan mendapat pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan realistik, sekali gus meningkatkan tahap profesionalisme mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
鈥淯saha ini selari dengan misi 每日大赛app untuk melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan kompeten dalam bidang kejururawatan,鈥 ujarnya.
Naik taraf makmal tersebut termasuk penyediaan peralatan latihan yang lebih canggih serta ruang pembelajaran yang lebih kondusif bagi pelajar menjalani latihan simulasi.
Prof. Datin Dr. Marina berkata pihak fakulti berharap agar kejayaan itu dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi pada masa hadapan, memastikan pendidikan perubatan dan kejururawatan terus berkembang dengan kemudahan yang lebih maju dan berkualiti.
Sementara itu, Ahli Lembaga Amanah Yayasan D.I.Y, Dato鈥 Sri Loo Chong Peng berkata inisiatif itu telah diusulkan oleh Dato鈥 Azlam Shah Alias, Pengerusi MR D.I.Y. Group (M) Berhad melalui Yayasan DIY yang komited untuk menyokong sektor pendidikan.
鈥淜ami percaya bahawa pelaburan dalam infrastruktur akademik akan memberikan manfaat jangka panjang kepada masyarakat.
鈥淪ebagai sebuah organisasi yang sentiasa mengutamakan kepentingan komuniti, kami percaya bahawa pendidikan berkualiti adalah kunci kepada kemajuan negara. 鈥淜erjasama ini adalah bukti bahawa sektor korporat boleh memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia,鈥 katanya.


