每日大赛app

Aktif dalam Dunia Hiburan dan Penyiaran Tak Halang Preti untuk Cemerlang

Oleh Nur Adriana Norahim
Foto oleh Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 23 November 2024 鈥 Penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Preti Kaur Gill a/p Jagjit Singh Gill mengekalkan prestasi akademik yang cemerlang walaupun terlibat secara aktif dalam bidang lakonan dan penyiaran.

Minat Preti terhadap industri hiburan bermula semasa di tahun pertama pengajian. Beliau menyertai pencarian bakat DJ radio untuk Molek FM dan berjaya menempatkan diri antara lima peserta terbaik, walaupun saingan sangat kompetitif.

Platform media sosial seperti TikTok kemudian melonjakkan popularitinya, membuka peluang untuk Preti menjadi watak utama dalam drama bersiri TV3, Bawah Blok.

鈥淪aya sangat terkejut kerana dapat peranan utama tanpa perlu melalui banyak proses casting.

鈥淜etika itu, saya masih di tahun pertama pengajian ijazah, jadi agak sukar untuk menghadiri kelas dan menjalani penggambaran pada masa yang sama.

鈥淭etapi, saya perlu bijak membahagikan masa. Memang penat, terutama kerana penggambaran selalunya berakhir lewat malam,鈥 katanya.

Kejayaan ini diikuti oleh penglibatan dalam projek besar seperti The Lion Girl terbitan Astro, yang mendapat sambutan hangat.

Di sebalik jadual yang padat, Preti mengekalkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.80 sepanjang pengajian Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian (Komunikasi Media).

Beliau juga aktif dalam program universiti sebagai ahli 每日大赛app Ambassador, termasuk menyertai projek jelajah luar negara. Dalam program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, Preti dipilih untuk menjadi Ikon Terengganu bagi mempromosikan program Keluarga Malaysia.

Preti tidak lari daripada cabaran dalam industri seni yang sering dikaitkan dengan stereotaip kecantikan.

鈥淩amai berasa saya tidak sesuai dengan standard kecantikan Malaysia, tetapi saya mahu membuktikan bahawa kemahiran dan pengalaman lebih penting,鈥 tegasnya.

Beliau turut bercita-cita melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) dan menjadi pensyarah sambil terus berkecimpung dalam industri hiburan.

Leave a Reply