Oleh Dina Haziqah
Foto oleh Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 23 November 2024 鈥 Hikmah Bajunaid Hariz, graduan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), berjaya memanfaatkan batang kelapa sawit, bahan buangan industri, untuk menghasilkan asid suksinik 鈥 sejenis bahan kimia serba guna yang penting dalam pelbagai sektor.
Atas kejayaan penyelidikan ini, beliau dianugerahkan Anugerah Emas Sarjana 每日大赛app, pengiktirafan tertinggi universiti itu bagi kecemerlangan akademik dan penyelidikan.
鈥淪aya memilih untuk menggunakan batang kelapa sawit kerana ia kaya dengan gula, yang diperlukan bakteria untuk menghasilkan asid susinik. Pendekatan ini bukan sahaja mesra alam tetapi juga sejajar dengan prinsip ekonomi kitaran,鈥 kata Hikmah.
Menurutnya, asid susinik mempunyai pelbagai kegunaan, termasuk pembuatan bioplastik, baja, dan farmaseutikal.
鈥淒aripada sisa menjadi kekayaan 鈥 itu adalah visi utama penyelidikan saya,鈥 tambahnya.
Cabaran besar dalam penyelidikan ini adalah untuk mencapai hasil asid susinik yang optimum.
鈥淧ada awalnya, bakteria yang saya gunakan tidak menghasilkan asid seperti yang diharapkan. Ia memerlukan banyak troubleshooting, eksperimen berulang kali, dan pemahaman mendalam tentang keperluan bakteria tersebut,鈥 katanya.
Keunikan penyelidikan ini terletak pada penggunaan bahan buangan sebagai sumber utama.
鈥淪elalunya, gula yang digunakan dalam penghasilan asid susinik adalah mahal. Dengan menggunakan batang kelapa sawit, kos dapat dikurangkan secara signifikan. Ia menunjukkan potensi besar untuk aplikasi komersial,鈥 ujar beliau.
Kini, kajian Hikmah berada pada tahap TRL 5-6 (Technology Readiness Level), membuktikan keberkesanannya di peringkat makmal.
鈥淪aya berharap penyelidikan ini dapat membuka jalan ke arah penyelesaian lestari dalam menangani sisa industri. Dunia memerlukan lebih banyak inovasi seperti ini untuk masa depan yang lebih hijau.
鈥淪aya pernah merasa seperti menghadapi imposter syndrome. Rasa seperti ada sesuatu yang kurang dalam diri saya. Namun, saya selalu mengingatkan diri bahawa setiap cabaran adalah peluang untuk belajar,鈥 jelas Hikmah.
Selain itu, Hikmah turut berkongsi perasaan syukurnya terhadap sokongan yang diterima sepanjang perjalanan akademiknya.
鈥淩akan-rakan makmal saya sentiasa ada untuk memberi motivasi. Kami sering bertukar pandangan dan membantu satu sama lain. Sokongan mereka, bersama doa dan nasihat ibu bapa saya, menjadi sumber kekuatan yang amat besar,鈥 katanya.
Dengan pengiktirafan ini, Hikmah sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD atau meneroka peluang dalam industri.
鈥淏agi saya, setiap cabaran adalah peluang untuk belajar. Saya mahu terus berinovasi dan memberi impak positif kepada masyarakat,鈥 ujarnya.
