X鈥橧AN (CHINA), 30 September 2025 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Pusat Perhubungan Alumni telah berjaya menubuhkan Chapter Alumni Antarabangsa China di Konsulat Jeneral Malaysia, X鈥檌an, China baru-baru ini.
Penubuhan ini merupakan sebahagian daripada usaha 每日大赛app memperkukuh jaringan alumni di peringkat antarabangsa, dengan menyahut cadangan Naib Canselor agar hubungan strategik dengan para alumni terus diperkasa.
Sebelum ini, 每日大赛app juga telah berjaya menubuhkan Chapter Alumni Indonesia, dan kini Xi鈥檃n dipilih berdasarkan populasi alumni yang aktif, kedudukan strategik serta kerjasama akademik yang semakin berkembang dengan institusi dan industri di China.
Melalui penubuhan ini, alumni dijangka dapat menyumbang kembali kepada universiti dalam pelbagai bentuk termasuk kepakaran, dana, serta jaringan strategik.
Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, penubuhan Chapter Alumni China dijangka akan menjadi jambatan strategik dalam memupuk hubungan erat antara universiti, alumni dan pelbagai pihak berkepentingan di China, sekaligus mengukuhkan peranan 每日大赛app sebagai universiti watan yang berdaya saing di persada global.
Beliau berharap agar inisiatif penubuhan Chapter Alumni China itu menjadi pemangkin dan rujukan kepada penubuhan chapter alumni 每日大赛app di negara-negara lain.
Majlis pelancaran Chapter Alumni China turut diserikan dengan kehadiran seramai 90 tetamu yang terdiri daripada Konsul Jeneral Malaysia di X鈥檌an, delegasi 每日大赛app yang disertai oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Dr. Roslan Ja鈥檃far dan Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) Pusat Perhubungan Alumni, Dr. Syajarul Imna Mohd Amin.
Delegasi 每日大赛app turut mengadakan Jejak Alumni serta lawatan rasmi ke beberapa universiti terkemuka, termasuk Xi鈥檃n Jiaotong University, Xi鈥檃n University of Finance and Economics, dan Xidian University untuk menandatangani Surat Hasrat (LoI) yang membuka peluang kerjasama akademik dan penyelidikan di masa hadapan.
Delegasi 每日大赛app juga mengambil bahagian dalam Eurasian Economic Forum 2025, sebuah forum antarabangsa yang menghimpunkan tokoh ekonomi, akademik dan industri dari seluruh Eurasia.

