每日大赛app

Program Neon ZapinRobik@每日大赛app Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 1 Oktober 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mencipta sejarah melalui program Neon ZapinRobik@每日大赛app yang mengumpulkan seramai 4,351 peserta, sekaligus meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori 鈥淟argest Participation in A Zapin Aerobic Program鈥.

Program ini merupakan anjuran Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-每日大赛app) dengan kerjasama Pusat kebudayaan 每日大赛app dan Pusat Sukan 每日大赛app yang menggabungkan tarian tradisional Melayu zapin dengan elemen moden aerorobik serta persembahan visual neon.

Menurut penyelaras program, Dr. Nurwina Akmal Anuar, acara yang berlangsung sempena Minggu Apresiasi Watan (MAW) 每日大赛app ini berjaya menarik minat pelajar baharu dan menghidupkan kembali seni warisan dalam bentuk kontemporari.

鈥淕abungan gerakan zapin tradisional dengan elemen aerobik bukan sahaja mempersegar budaya, malah memperkasa masyarakat dengan gaya hidup sihat, aktif dan menyeronokkan.

鈥淚a membuktikan bahawa kecergasan fizikal boleh menjadi jambatan yang menyatukan seni, identiti  dan kesejahteraan.

鈥淧rogram ini juga menjadi wadah pendidikan budaya yang menggalakkan pelajar mengenali warisan bangsa melalui pergerakan fizikal yang aktif dan sihat.

鈥淚a menyatukan kecergasan dan seni tradisi dalam satu bentuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna,鈥 katanya.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Inklusif) HEP-每日大赛app berkata, pengiktirafan ini memperkukuhkan kedudukan 每日大赛app sebagai institusi yang menonjolkan warisan dan budaya tempatan dalam pelbagai aktiviti.

鈥淜ejayaan ini bukan sahaja mengangkat nama 每日大赛app, tetapi juga memperkukuh usaha memartabatkan zapin sebagai sebahagian daripada identiti budaya bangsa.

鈥淪elain mengangkat warisan, zapin turut memberi peluang pelajar bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat,鈥 katanya.

Pada acara tersebut, Pengarah HEP-每日大赛app, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni menerima pengiktirafan daripada pegawai MBOR, En Edwin Yeoh Tiong Chin.

Leave a Reply