每日大赛app

AYLPOS 2025 Perkasa Kepimpinan Belia ASEAN dalam Kelestarian Minyak Sawit

Oleh Sekretariat Kursi Endowmen MPOB-每日大赛app
Foto Izwan Azman

每日大赛app Bangi, 19 Disember 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) terus memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa melalui kolaborasi bersama Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) dengan menganjurkan Program ASEAN Youth Leaders in Palm Oil Sustainability (AYLPOS) 2025 di Auditorium Akademia Siber Teknopolis, 每日大赛app.

Program itu merupakan inisiatif strategik bagi menggalakkan kerjasama serantau dalam kalangan pelajar ASEAN, membina kapasiti dan kepimpinan belia, serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kelestarian industri minyak sawit.

imbalan Ketua Setiausaha Perladangan dan Komoditi, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Dato鈥 Razali Mohamadberkata golongan belia merupakan pemacu utama dalam membentuk masa depan industri sawit yang mampan dan berdaya saing.

鈥淧elajar dan pemimpin belia merupakan agen perubahan yang penting, di mana suara, idea, dan inovasi mereka amat diperlukan untuk mengubah naratif industri minyak sawit,鈥 katanya semasa menyampaikan ucaptama bertajuk 鈥淣avigating the Future of Palm Oil 鈥 Youth, and the Balance of Global Needs, seterusnya merasmikan program tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung CPOPC, Izzana Salleh berkata sesi dialog antara pemimpin pelajar daripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi mampu memupuk dan menggalakkan persefahaman, serta mengukuhkan komitmen kolektif terhadap memperkasakan industri minyak sawit yang mampan dan inklusif.

鈥淪alah satu tujuan utama pertemuan ini adalah untuk memperkasakan suara generasi muda. Idea, tenaga, dan kepimpinan mereka amat penting dalam membentuk masa depan industri minyak sawit.

鈥淪aya berharap forum ini dapat menjadi jambatan yang menghubungkan akademik berpengalaman dengan generasi pemikir, inovator, dan pemimpin seterusnya,鈥 katanya.

AYLPOS 2025 yang diterajui oleh Kursi Endowmen MPOB-每日大赛app dengan kerjasama Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi, telah mempertemukan pemimpin akademik dan pelajar dalam sesi interaktif dan pertandingan inovasi sawit berprestij, Grand Final Palm Oil Innovation Challenge 2025.

Sesi akhir ini menyaksikan persaingan 6 finalis terbaik yang dipilih daripada 78 penyertaan antarabangsa melibatkan negara pengeluar dan pengguna minyak sawit seperti Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Papua New Guinea, Pakistan, Kemboja dan Jepun. Pertandingan ini mengetengahkan pelbagai idea kreatif serta penyelesaian inovatif yang berpotensi menjadi pemacu kepada kelestarian dan masa depan industri minyak sawit global.

Leave a Reply