Oleh Melor Suria Minhat
Foto Izwan Azman
BANGI, 18 Disember 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Unbound Sdn. Bhd. bagi memperkukuh hubungan strategik universiti鈥搃ndustri, sekali gus menyokong aspirasi Kerajaan Malaysia ke arah ekonomi berasaskan ilmu, bakat dan inovasi digital.
Kerjasama ini memberi tumpuan kepada bidang gamifikasi, Kecerdasan Buatan (AI), Realiti Terimbuh (AR) serta inisiatif inovasi digital berimpak tinggi, selaras dengan usaha 每日大赛app melahirkan graduan future-ready dan memperkukuh ekosistem penyelidikan universiti鈥搃ndustri.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Ismanizan Ismail, berkata kerjasama universiti dan industri bukan sekadar perkongsian kepakaran, tetapi merupakan usaha bersama dalam membangunkan bakat, inovasi serta solusi masa hadapan, selaras dengan peranan universiti dalam menyokong pembangunan negara.
鈥淜ita (每日大赛app) berbangga kerana dipilih sebagai rakan universiti pertama dalam kolaborasi PRIDE Game, yang mengintegrasikan elemen gamifikasi dengan pengangkutan awam bagi meningkatkan aspek keselamatan dan mobiliti pelajar.
鈥淭ahniah kepada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) atas inisiatif proaktif menerajui jalinan kerjasama strategik bersama rakan industri,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak Unbound Sdn. Bhd. atas komitmen menjalin kerjasama bersama 每日大赛app, serta menyifatkan penglibatan MDEC dan PRIDE sebagai sokongan penting terhadap pembangunan ekosistem digital negara.
Pemeteraian MoU ini mencerminkan komitmen bersama 每日大赛app dan Unbound Sdn. Bhd. dalam memperkukuh hubungan strategik universiti鈥搃ndustri serta menyokong agenda pembangunan ilmu dan inovasi digital negara.
Dokumen MoU ditandatangani oleh Prof. Dr. Ismanizan Ismail, yang mewakili 每日大赛app manakala Unbound Sdn. Bhd. Diwakili oleh Pengarahnya, Ryan Kang Jee Hong.

