Jaringan Industri Archives - Berita 每日大赛app /beritaukm/category/jaringan-industri/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Tue, 21 Apr 2026 04:52:35 +0000 en-US hourly 1 Dua Mahasiswa 每日大赛app Sertai Bengkel Memperkasa Sukarelawan Universiti Awam, Serlah Semangat Perpaduan Kesukarelawanan /beritaukm/dua-mahasiswa-ukm-sertai-bengkel-memperkasa-sukarelawan-universiti-awam-serlah-semangat-perpaduan-kesukarelawanan/ /beritaukm/dua-mahasiswa-ukm-sertai-bengkel-memperkasa-sukarelawan-universiti-awam-serlah-semangat-perpaduan-kesukarelawanan/#respond Tue, 21 Apr 2026 04:52:34 +0000 /beritaukm/?p=4564 Oleh Nur Wahieda Safia Mohd ZainiFoto ihsan dari KELKES UPNM CHERAS, 17 April 2026 鈥 Dua orang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Muhammad Aqil Fahmi Zaid dan Nurul ‘Ain Abd Mobin…

The post Dua Mahasiswa 每日大赛app Sertai Bengkel Memperkasa Sukarelawan Universiti Awam, Serlah Semangat Perpaduan Kesukarelawanan appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Nur Wahieda Safia Mohd Zaini
Foto ihsan dari KELKES UPNM

CHERAS, 17 April 2026 鈥 Dua orang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Muhammad Aqil Fahmi Zaid dan Nurul ‘Ain Abd Mobin dipilih menyertai Bengkel Memperkasa Sukarelawan Universiti Awam 2026 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), baru-baru ini.

Bengkel yang dianjurkan oleh Kelab Kesukarelawanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (KELKES UPNM) dengan kerjasama Majlis Sukarelawan Universiti Awam Malaysia (MASKUM) itu berjaya menghimpunkan mahasiswa dari 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari seluruh Malaysia, sekali gus menjadi platform nasional dalam memperkasa kemahiran sukarelawan mahasiswa serta memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti.

Menurut Muhammad Aqil Fahmi Zaid, pengalaman menyertai program tersebut amat bermakna kerana membuka ruang interaksi bersama mahasiswa dari pelbagai universiti awam di seluruh negara.

鈥淧rogram ini sangat bermakna kerana kami dapat berkumpul dengan rakan-rakan dari universiti lain dalam satu platform kesukarelawanan. Suasana itu jelas menunjukkan semangat perpaduan yang kuat antara mahasiswa,鈥 katanya.

Beliau berkata, interaksi rentas universiti tersebut bukan sahaja memperkukuh hubungan sesama mahasiswa, malah memberi ruang perkongsian pengalaman, idea dan pendekatan baharu dalam aktiviti kesukarelawanan di kampus masing-masing.

Bengkel itu juga turut diisi dengan program kesukarelawanan di Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya, Cheras, termasuk melibatkan aktiviti bersama murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang bersama-sama menyertai aktiviti yang dijalankan. Penglibatan ini mewujudkan suasana inklusif, harmoni dan memberi pengalaman interaksi positif antara mahasiswa dan murid sekolah.

Selain itu, peserta program turut menyantuni 50 orang kanak-kanak Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah dengan mengadakan pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah melalui pendekatan interaktif dan penuh kasih sayang daripada para sukarelawan mahasiswa.

Menurut Ketua Program, Muhammad Danial Hakim Muhd Zamzuri, yang juga merupakan Presiden Kelab Kesukarelawanan Universiti Pertahanan Malaysia (KELKES UPNM), program itu dilaksanakan bagi memperkukuh jaringan kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa IPTA serta melahirkan sukarelawan yang lebih berdaya saing dan berjiwa komuniti.

Beliau berkata, program itu membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasakan agenda kesukarelawanan di peringkat nasional melalui kerjasama strategik antara universiti.

鈥淧rogram ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang kerja kesukarelawanan, tetapi juga mengeratkan hubungan antara universiti dalam usaha membentuk jaringan sukarelawan yang lebih kukuh dan berkesan pada masa hadapan,鈥 katanya.

Penyertaan 每日大赛app dalam program berskala nasional ini mencerminkan aspirasi universiti untuk melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah unggul dari segi kepimpinan, empati dan semangat sukarelawan.

The post Dua Mahasiswa 每日大赛app Sertai Bengkel Memperkasa Sukarelawan Universiti Awam, Serlah Semangat Perpaduan Kesukarelawanan appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/dua-mahasiswa-ukm-sertai-bengkel-memperkasa-sukarelawan-universiti-awam-serlah-semangat-perpaduan-kesukarelawanan/feed/ 0
Lebih 3,000 Mahasiswa Meriahkan PUM Kebangsaan 2026 /beritaukm/lebih-3000-mahasiswa-meriahkan-pum-kebangsaan-2026/ /beritaukm/lebih-3000-mahasiswa-meriahkan-pum-kebangsaan-2026/#respond Tue, 21 Apr 2026 04:46:58 +0000 /beritaukm/?p=4560 Oleh YM Raja Nur Aina Raja Hussain ShahFoto oleh Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 15 April 鈥 Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 (PUM 2026) yang diadakan baru-baru ini di Dewan…

The post Lebih 3,000 Mahasiswa Meriahkan PUM Kebangsaan 2026 appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh YM Raja Nur Aina Raja Hussain Shah
Foto oleh Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 15 April 鈥 Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 (PUM 2026) yang diadakan baru-baru ini di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) telah menghimpunkan lebih 3,000 bakat-bakat usahawan muda dalam kalangan mahasiswa universiti seluruh Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Hajah Fuziah Salleh dalam ucapannya berkata kerajaan memberi sokongan penuh kepada penglibatan belia dalam keusahawanan sebagai salah satu laluan kerjaya utama, selaras dengan usaha melahirkan usahawan masa depan yang mampan dan berimpak tinggi.

鈥淧rogram keusahawanan ini adalah pemangkin kepada pembentukan pelajar sebagai usahawan yang berdaya saing, inovatif dan bersedia menembusi pasaran sebenar, sekali gus merapatkan jurang antara dunia akademik dan realiti perniagaan,鈥 katanya.

Bertemakan 鈥楧ari Kampus ke Dunia Niaga鈥, pogram anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS 每日大赛app (每日大赛app-CESMED) ini turut menyelitkan Sesi Sentuhan Rahmah: Agihan Wakalah Zakat Korporat dan Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SSM.

SSM melalui Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (JPZCSR) telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM156,144, merangkumi Dana Wakalah Zakat Korporat sebanyak RM116,144 dan Dana CSR sebanyak RM40,000 kepada para penerima yang telah dikenal pasti oleh pihak 每日大赛app.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa kebajikan pelajar serta mengukuhkan ekosistem keusahawanan belia yang inklusif, mampan dan berimpak tinggi.

Hadir sama ke majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dato鈥 Seri Mohd Sayuthi Bakar; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Anesee Ibrahim dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali.

The post Lebih 3,000 Mahasiswa Meriahkan PUM Kebangsaan 2026 appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/lebih-3000-mahasiswa-meriahkan-pum-kebangsaan-2026/feed/ 0
Tuanku Muhriz Berkenan Rasmikan 1st Regional Conference On Precision Health /beritaukm/tuanku-muhriz-berkenan-rasmikan-1st-regional-conference-on-precision-health/ /beritaukm/tuanku-muhriz-berkenan-rasmikan-1st-regional-conference-on-precision-health/#respond Fri, 17 Apr 2026 00:06:27 +0000 /beritaukm/?p=4557 Oleh Murniati Abu KarimFoto Ikhwan Hashim dan Shahiddan Saidi KUALA LUMPUR, 15 April 2026 鈥  Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum…

The post Tuanku Muhriz Berkenan Rasmikan 1st Regional Conference On Precision Health appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim dan Shahiddan Saidi

KUALA LUMPUR, 15 April 2026 鈥  Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor 每日大赛app berkenan menyempurnakan majlis perasmian 1st Regional Conference on Precision Health (RCPH) 2026 di sini, hari ini.

RCPH merupakan platform serantau bagi pertukaran ilmu, teknologi dan amalan terbaik dalam bidang perubatan jitu (precision health) berasaskan data genomik dan pelbagai data multi-omik.

Persidangan yang dianjurkan oleh Institut Biologi Molekul Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI-每日大赛app) dengan kerjasama Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) ini menghimpunkan kira-kira 300 peserta dari negara ASEAN dan rantau Asia-Pasifik.

Pada majlis tersebut, Tuanku Muhriz bertitah: 鈥淏eta berbangga dengan peranan penting yang terus dimainkan oleh universiti ini dalam pembangunan negara, khususnya dalam bidang penjagaan kesihatan.

鈥溍咳沾笕黙pp kini berada di barisan hadapan dalam memajukan kesihatan jitu (precision health) iaitu satu bidang yang semakin penting dalam perubatan moden.

鈥淧endekatan penjagaan kesihatan yang lebih tepat, pantas dan dihasilkan mengikut keperluan berpotensi membawa manfaat besar kepada pesakit serta keseluruhan sistem kesihatan.

鈥淧erkembangan dalam kesihatan jitu akan membawa kepada rawatan yang lebih berkesan dan diagnosis yang lebih awal, seterusnya menghasilkan penjagaan kesihatan yang lebih cekap, cepat, dan lebih berpatutan untuk rakyat,鈥 titah baginda.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur RCPH, Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, perubatan jitu mengubah pendekatan rawatan yang bersifat ‘one-size-fits-all’ kepada pendekatan yang lebih tepat, bersasar dan berasaskan data.

鈥淢alaysia mempunyai kepelbagaian unik dan kini berdepan cabaran kesihatan yang semakin meningkat, khususnya penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease), penyakit berjangkit dan kanser.

鈥淧endekatan perubatan jitu menawarkan satu kaedah yang berpotensi untuk memperkukuh strategi pencegahan, meningkatkan ketepatan diagnosis, menambah baik keberkesanan rawatan, mengurangkan kesan sampingan ubat, dan seterusnya menghasilkan hasil kesihatan yang lebih baik bagi individu serta populasi,鈥 katanya.

The post Tuanku Muhriz Berkenan Rasmikan 1st Regional Conference On Precision Health appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/tuanku-muhriz-berkenan-rasmikan-1st-regional-conference-on-precision-health/feed/ 0
每日大赛app Lancar Malaysian Pangenome di RCPH 2026 /beritaukm/ukm-lancar-malaysian-pangenome-di-rcph-2026/ /beritaukm/ukm-lancar-malaysian-pangenome-di-rcph-2026/#respond Fri, 17 Apr 2026 00:02:10 +0000 /beritaukm/?p=4552 Oleh Murniati Abu KarimFoto Ikhwan Hashim dan Shahiddan Saidi KUALA LUMPUR, 15 April 2026 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) hari ini melancarkan Malaysian Pangenome iaitu satu sumber rujukan genomik kebangsaan…

The post 每日大赛app Lancar Malaysian Pangenome di RCPH 2026 appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim dan Shahiddan Saidi

KUALA LUMPUR, 15 April 2026 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) hari ini melancarkan Malaysian Pangenome iaitu satu sumber rujukan genomik kebangsaan yang mewakili kepelbagaian genetik populasi Malaysia bersempena 1st Regional Conference on Precision Health (RCPH) 2026.

Malaysian Pangenome menggabungkan data genom dari lebih 4,000 individu mewakili 56 kumpulan etnik dan sub etnik Malaysia.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur RCPH, Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, ia akan menyokong pembangunan diagnostik generasi baharu, strategi pencegahan yang lebih tepat, serta terapi yang lebih relevan untuk rakyat Malaysia.

鈥淪etiap individu mempunyai genom yang unik, dengan perbezaan sekitar 0.1 peratus yang menentukan  ciri fizikal serta risiko terhadap penyakit.

鈥淒engan menghimpunkan data daripada pelbagai kumpulan  etnik, pangenom ini mampu memberikan gambaran lebih menyeluruh mengenai variasi genetik dalam  kalangan rakyat Malaysia.

鈥淧embangunan pangenom ini dijangka menyokong pelaksanaan perubatan jitu (precise medicine) iaitu  rawatan yang disesuaikan mengikut profil genetik, gaya hidup dan persekitaran individu.

鈥淢elalui pendekatan ini, rawatan dapat diberikan dengan lebih tepat sekali gus meningkatkan keberkesanannya,鈥 katanya.

Selain kepentingannya di peringkat negara, Malaysian Pangenome juga membantu merapatkan jurang  data genomik global, khususnya bagi populasi Asia Tenggara yang masih kurang diwakili dalam pangkalan data antarabangsa, jelas Dr. A Rahman.

鈥淢alaysia dilihat mempunyai kelebihan tersendiri dalam bidang ini berikutan kepelbagaian genetik yang luas serta potensi untuk menyumbang kepada penyelidikan genom di peringkat serantau dan global.

鈥淏agi komuniti penyelidik, akses kepada pangkalan data ini akan disediakan melalui dasar tertentu bagi menyokong kajian berkaitan genom.

鈥淣amun, analisis data genom memerlukan kepakaran tinggi kerana setiap genom mengandungi kira-kira tiga bilion kod genetik yang perlu ditafsir menggunakan teknologi dan perisian khusus,鈥 jelas beliau.

Inisitif ini merupakan kerjasama nasional yang melibatkan MyGenome yang diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

The post 每日大赛app Lancar Malaysian Pangenome di RCPH 2026 appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/ukm-lancar-malaysian-pangenome-di-rcph-2026/feed/ 0
Pengarah Institut Islam Hadhari Dilantik Sebagai Education Ambassador Uzbekistan To Malaysia /beritaukm/pengarah-institut-islam-hadhari-dilantik-sebagai-education-ambassador-uzbekistan-to-malaysia/ /beritaukm/pengarah-institut-islam-hadhari-dilantik-sebagai-education-ambassador-uzbekistan-to-malaysia/#respond Fri, 10 Apr 2026 02:56:38 +0000 /beritaukm/?p=4549 Oleh Institut Islam Hadhari BANGI, 10 April 2026 – Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (Hadhari-每日大赛app), Prof. Dato鈥 Dr. Fariza Md. Sham dilantik sebagai Education Ambassador Uzbekistan to Malaysia.…

The post Pengarah Institut Islam Hadhari Dilantik Sebagai Education Ambassador Uzbekistan To Malaysia appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Institut Islam Hadhari

BANGI, 10 April 2026 – Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (Hadhari-每日大赛app), Prof. Dato鈥 Dr. Fariza Md. Sham dilantik sebagai Education Ambassador Uzbekistan to Malaysia.

Pelantikan ini disampaikan oleh  Duta Uzbekistan ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Dr. Karomidin Gadoev di majlis Malaysia-Uzbekistan EduCultural Day @ UTeM, di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), baru-baru ini.

Menurut Prof. Dato鈥 Dr. Fariza, pelantikan itu merupakan pengiktirafan yang diberikan atas komitmen yang diberikan dalam hubungan institusi pendidikan kedua-dua negara dalam tempoh hampir 10 tahun.

鈥淪aya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Pendidikan, Sains dan Inovasi Republik Uzbekistan serta Duta Uzbekistan ke Malaysia atas pelantikan ini.

鈥淪aya akan terus memberikan komitmen penuh kepada 每日大赛app khususnya, serta institusi pendidikan di Malaysia secara amnya dalam menjalin kerjasama strategik dengan institusi pendidikan di Uzbekistan,鈥 katanya.

Beliau berkata pelantikan itu akan menjadi jambatan penting dalam memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara, khususnya dalam bidang pendidikan.

鈥淭erima kasih juga kepada pengurusan tertinggi 每日大赛app dan seluruh warga Hadhari-每日大赛app yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam agenda antarabangsa universiti.

鈥淧elantikan ini juga menjadi platform penting untuk membantu meningkatkan kedudukan 每日大赛app, khususnya dalam subjek Theology, Dignity & Religious Studies dalam penarafan antarabangsa,鈥 katanya.

Pelantikan Prof Dato鈥 Dr Farizan itu merupakan satu inisiatif strategik yang bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Uzbekistan dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan akademik.

Uzbekistan yang terkenal dengan warisan ketamadunan Islam yang kaya dengan tradisi keilmuan yang unggul dilihat sebagai rakan strategik yang berpotensi tinggi untuk jaringan kerjasama berterusan bersama Malaysia melalui Institut Islam Hadhari dan 每日大赛app.

Sebagai Education Ambassador, Prof Dato鈥 Dr Fariza Md Sham akan memainkan peranan penting dalam memperluas jaringan kerjasama antara institusi pendidikan kedua-dua negara. Ini termasuklah memudah cara hubungan akademik, merancang dan menyelaras program bersama seperti persidangan, penyelidikan, mobiliti pelajar dan pensyarah, serta memperkukuh pertukaran ilmu dan kepakaran.

Selain itu, pelantikan ini juga dijangka dapat merancakkan inisiatif Edutourism melalui penganjuran lawatan akademik, program mobiliti jangka pendek, serta aktiviti yang menggabungkan elemen pendidikan, budaya dan warisan kedua-dua negara.

Secara keseluruhannya, pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan Hadhari-每日大赛app dalam memperkasa jaringan akademik antarabangsa serta memperkukuh hubungan strategik Malaysia dan Uzbekistan ke arah kerjasama yang lebih mampan dan berimpak tinggi.

The post Pengarah Institut Islam Hadhari Dilantik Sebagai Education Ambassador Uzbekistan To Malaysia appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/pengarah-institut-islam-hadhari-dilantik-sebagai-education-ambassador-uzbekistan-to-malaysia/feed/ 0
TEKAD 57 每日大赛app Garis Hala Tuju ke Arah 100 Tahun Kemerdekaan Malaysia /beritaukm/tekad-57-ukm-garis-hala-tuju-ke-arah-100-tahun-kemerdekaan-malaysia/ /beritaukm/tekad-57-ukm-garis-hala-tuju-ke-arah-100-tahun-kemerdekaan-malaysia/#respond Mon, 06 Apr 2026 06:43:54 +0000 /beritaukm/?p=4540 Oleh MurniatiFoto Ikhwan Hashim BANGI, 3 April 2026 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menetapkan hala tuju strategik menerusi TEKAD 57  2026-2030 dengan matlamat menjadikan universiti sebagai pemangkin pembangunan negara ke…

The post TEKAD 57 每日大赛app Garis Hala Tuju ke Arah 100 Tahun Kemerdekaan Malaysia appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Murniati
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 3 April 2026 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menetapkan hala tuju strategik menerusi TEKAD 57  2026-2030 dengan matlamat menjadikan universiti sebagai pemangkin pembangunan negara ke arah 100 tahun kemerdekaan Malaysia menjelang 2057.

Naib Canselor, Prof Dato Dr Sufian Jusoh berkata inisiatif ini merupakan aspirasi 每日大赛app untuk menyumbang ke arah pembinaan Malaysia sebagai sebuah negara maju, berteknologi tinggi, aman, berintegriti serta beridentiti kebangsaan.

Beliau menjelaskan bahawa tempoh 2026 hingga 2030 merupakan fasa pertama dalam perjalanan menuju 100 tahun kemerdekaan Malaysia, sekali gus menuntut universiti bertindak lebih proaktif dalam menghadapi cabaran global.

鈥淯niversiti perlu melaksanakan strategi yang jelas dan berfokus bagi menangani cabaran semasa dan masa hadapan, termasuk konflik global melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi yang mampu menghasilkan penemuan baharu serta penyelesaian kepada keperluan industri.

鈥淗asil penyelidikan yang berjaya dikomersialkan serta daya tarikan akademik universiti akan membantu menjana sumber pendapatan yang pelbagai, sekali gus memastikan kemampanan kewangan institusi dalam jangka panjang.

鈥淯niversiti tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan atau yuran semata-mata, sebaliknya perlu mengambil inisiatif sendiri melalui kolaborasi strategik dengan industri, agensi kerajaan dan rakan antarabangsa bagi memastikan kemapanan ekonomi,鈥 jelasnya.

Tambahnya, pelan strategik TEKAD 57 dibangunkan melalui siri perbincangan bersama pengurusan tertinggi, dekan, pengarah dan staf universiti, termasuk sesi libat urus bersama masyarakat bagi memastikan pelan tersebut bersifat inklusif dan menyeluruh.

鈥淟ebih 1,300 pandangan telah dikumpulkan dan dirumuskan kepada 23 tema utama supaya pelan ini benar-benar mencerminkan aspirasi warga 每日大赛app,鈥 katanya.

Sufian berkata TEKAD 57 disusun secara bottom-up bagi memastikan setiap lapisan warga universiti dapat menyumbang idea dan pandangan terhadap hala tuju 每日大赛app, di samping selari dengan Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026鈥2035.

鈥淜edudukan 每日大赛app di peringkat global serta kejayaan beberapa bidang seperti Fakulti Pengajian Islam dalam QS World University Rankings (WUR) dan bidang Undang-Undang dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings membuktikan 每日大赛app berada di landasan yang tepat dalam menerajui pembangunan negara,鈥 katanya.

The post TEKAD 57 每日大赛app Garis Hala Tuju ke Arah 100 Tahun Kemerdekaan Malaysia appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/tekad-57-ukm-garis-hala-tuju-ke-arah-100-tahun-kemerdekaan-malaysia/feed/ 0
每日大赛app Juara THACO Cup 2026 di Vietnam /beritaukm/ukm-juara-thaco-cup-2026-di-vietnam/ /beritaukm/ukm-juara-thaco-cup-2026-di-vietnam/#respond Mon, 06 Apr 2026 06:37:30 +0000 /beritaukm/?p=4536 BANGI, 6 April 2026 – Pasukan bola sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) muncul juara dalam Kejohanan Thanh Nien International Student Football Tournament 2026 (THACO Cup) apabila menewaskan pasukan tuan rumah,…

The post 每日大赛app Juara THACO Cup 2026 di Vietnam appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
BANGI, 6 April 2026 – Pasukan bola sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) muncul juara dalam Kejohanan Thanh Nien International Student Football Tournament 2026 (THACO Cup) apabila menewaskan pasukan tuan rumah, Thuy Loi University, Vietnam yang merupakan juara bertahan edisi 2025, menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam perlawanan akhir yang mendebarkan, Afiq  Norizan telah menyumbangkan jaringan pada minit ke-25, sebelum penentuan penalti ditentukan selepas terikat 1-1.

Sepakan penalti 每日大赛app berjaya disempurnakan oleh Aiyubi Nasarudin, Alif Irfan  Norsafidahlan, Haris Zafri Hashim, Akmal Afnan Shahridzan, Amirul Fazly Mohd Zamri, Amir Hazman Hanapiah dan Harith Hizamin M. Dasuki.

Penjaga gol 每日大赛app, Adam Haris Herman, muncul wira pasukan apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti terakhir pihak lawan sekali gus memastikan kemenangan buat 每日大赛app dengan 7-6.

Dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Universiti Nha Trang, Vietnam, Adam Haris Herman diumumkan sebagai Player of the Match dan Best Goalkeeper, manakala Izrin Ibrahim muncul sebagai Top Scorer kejohanan, manakala Amirul Fazly Mohd Zamri dinobatkan sebagai Most Valuable Player.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Ts Dr Norinsan Kamil Othman yang turut berada di venue kejohanan berkata kejayaan itu mencerminkan semangat juang tinggi, disiplin dan komitmen luar biasa seluruh pasukan dalam mengharumkan nama 每日大赛app dan Malaysia di pentas antarabangsa.

鈥淭ahniah kepada psukan bola sepak 每日大赛app yang telah berjuang dengan bersunguh-sungguh dalam menaikkan nama universiti dan negara. 

鈥淭erima kasih juga kepada semua yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini,鈥 katanya.

The post 每日大赛app Juara THACO Cup 2026 di Vietnam appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/ukm-juara-thaco-cup-2026-di-vietnam/feed/ 0
MET Malaysia, IPI 每日大赛app Bangunkan Sistem Analisis Pencemaran Udara /beritaukm/met-malaysia-ipi-ukm-bangunkan-sistem-analisis-pencemaran-udara/ /beritaukm/met-malaysia-ipi-ukm-bangunkan-sistem-analisis-pencemaran-udara/#respond Wed, 01 Apr 2026 07:21:23 +0000 /beritaukm/?p=4532 Oleh Murniati Abu KarimFoto Shahiddan Saidi BANGI, 31 Mac 2026 鈥  Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dengan kerjasama Institut Perubahan Iklim (IPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melancarkan Model Air Quality…

The post MET Malaysia, IPI 每日大赛app Bangunkan Sistem Analisis Pencemaran Udara appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 31 Mac 2026 鈥  Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dengan kerjasama Institut Perubahan Iklim (IPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melancarkan Model Air Quality Monitoring 鈥 Community Multiscale Air Quality (CMAQ) sempena sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2026.

Sistem CMAQ merupakan satu model bagi menganalisis sumber pencemaran udara dan jerebu secara pantas dan tepat di samping mengeluarkan amaran awal yang komprehensif.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato鈥 Sri Arthur Joseph Kurup berkata pembangunan model ini menggunakan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).

鈥淢asalah jerebu adalah isu tahunan dan kebanyakannya berada di luar kawalan negara. Selain itu, letusan gunung berapi di negara jiran juga boleh menjejaskan kualiti udara kita.

鈥淐MAQ akan menjadi ‘mata’ kita dalam mengesan zarah pencemaran di ruang udara.

鈥淚a akan membantu agensi seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk bertindak lebih awal dalam menghadapi ancaman jerebu atau pencemaran udara merentas sempadan,鈥 katanya.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Dr. Sufian Jusoh berkata sistem ramalan ini menyumbang kepada usaha amaran awal untuk melindungi orang awam, terutamanya golongan rentan, serta membantu pihak berkuasa mengurus kualiti udara.

鈥淪istem ini tidak hanya dimanfaatkan di Malaysia, malah turut akan diguna-pakai di peringkat negara-negara di rantau ASEAN,鈥 katanya.

Beliau turut menjelaskan kerjasama MET Malaysia bersama IPI memainkan peranan proaktif dalam membantu negara dan bangsa menghadapi cabaran iklim yang sedang memberi kesan kepada pelbagai sektor.

鈥淗asil usahasama ini membuktikan bahawa melalui kolaborasi yang kukuh, inovasi berteraskan kepakaran tempatan juga berprestasi unggul dan setanding dengan teknologi kelas dunia,鈥 katanya.

Hari Meteorologi Sedunia tahun ini disambut sambil memperingati Ulang Tahun ke-68 keahlian Malaysia dalam Pertubuhan Meterologi Sedunia (WMO).

Tema sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2026, Pemantauan Hari Ini, Perlindungan Hari Esok (Observing Today, Protecting Tomorrow), menekankan kepentingan sistem pemantauan dan amaran awal sebagai asas perlindungan masa hadapan negara daripada risiko perubahan iklim dan kejadian cuaca ekstrem.

The post MET Malaysia, IPI 每日大赛app Bangunkan Sistem Analisis Pencemaran Udara appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/met-malaysia-ipi-ukm-bangunkan-sistem-analisis-pencemaran-udara/feed/ 0
每日大赛app-CESMED Ketuai Kajian Impak Pelan Tindakan Keusahawanan IPT Kebangsaan /beritaukm/ukm-cesmed-ketuai-kajian-impak-pelan-tindakan-keusahawanan-ipt-kebangsaan/ /beritaukm/ukm-cesmed-ketuai-kajian-impak-pelan-tindakan-keusahawanan-ipt-kebangsaan/#respond Tue, 31 Mar 2026 00:29:06 +0000 /beritaukm/?p=4523 Oleh Muhammad Izzuddin Mohd YazriFoto 聽Mohd Roshidi Mohd Razali BANGI, 27 Mac 2026 鈥 Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app-CESMED), menjadi peneraju pelaksanaan Kajian Impak Pelan Tindakan…

The post 每日大赛app-CESMED Ketuai Kajian Impak Pelan Tindakan Keusahawanan IPT Kebangsaan appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Muhammad Izzuddin Mohd Yazri
Foto 聽Mohd Roshidi Mohd Razali

BANGI, 27 Mac 2026 鈥 Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app-CESMED), menjadi peneraju pelaksanaan Kajian Impak Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (PTK-IPT) 2021鈥2025 bagi menilai keberkesanan pelaksanaan agenda keusahawanan dalam ekosistem pendidikan tinggi negara.

Pengarah 每日大赛app-CESMED, Prof. Madya Dr. Muhamad Azry Khoiry berkata kajian impak itu menjadi komponen penting dalam kolaborasi strategik antara urus setia kementerian, pakar akademik pelbagai universiti serta penglibatan agensi industri dalam memperkukuh pembangunan keusahawanan IPT secara menyeluruh.

鈥淧TK-IPT 2021鈥2025 merupakan fasa pembangunan yang menjadi asas kepada penghasilan pelan-pelan tindakan keusahawanan yang seterusnya memperkasa agenda keusahawanan pendidikan tinggi negara,鈥 katanya.

Beliau berkata pelaksanaan Kajian Impak PTK-IPT 2021鈥2025 yang bermula sejak Mei 2025 telah menghimpunkan data daripada pemegang taruh ekosistem keusahawanan IPT di seluruh Malaysia dengan melibatkan 6,473 pelajar, 1,182 pengajar keusahawanan dan 171 wakil industri.

鈥淚a sekali gus menjadikan kajian ini antara penilaian paling komprehensif berkaitan ekosistem keusahawanan IPT yang pernah dilaksanakan di peringkat nasional,鈥 katanya.

Dapatan kajian tersebut dibincangkan dalam Town Hall PTK-IPT 2026鈥2030, baru-baru ini yang menghimpunkan wakil kementerian, IPT, pakar akademik dan rakan industri bagi meneliti serta memperkukuh perangkaan pelan tindakan baharu yang lebih tuntas dan bertepatan dengan keperluan negara.

Majlis perasmian town hall itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato鈥 Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Pelaksanaan kajian impak itu dijangka menjadi rujukan utama kepada Kementerian Pendidikan Tinggi dalam merangka PTK-IPT 2026鈥2030 yang lebih progresif, mampan dan responsif terhadap perubahan landskap ekonomi, teknologi serta keperluan pasaran kerja masa hadapan.

Ia juga selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan lebih ramai graduan berdaya saing dan berkeupayaan menjadi pencipta peluang ekonomi melalui bidang keusahawanan.

The post 每日大赛app-CESMED Ketuai Kajian Impak Pelan Tindakan Keusahawanan IPT Kebangsaan appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/ukm-cesmed-ketuai-kajian-impak-pelan-tindakan-keusahawanan-ipt-kebangsaan/feed/ 0
Pelajar 每日大赛app Berpeluang Ikuti Program Sijil Profesional Secara Percuma /beritaukm/pelajar-ukm-berpeluang-ikuti-program-sijil-profesional-secara-percuma/ /beritaukm/pelajar-ukm-berpeluang-ikuti-program-sijil-profesional-secara-percuma/#respond Wed, 18 Mar 2026 00:14:25 +0000 /beritaukm/?p=4514 Oleh Mohamad Salleh Sulieman BANGI, 17 Mac 2026 鈥 Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) kini berpeluang mengikuti program Sijil Profesional (SP) Institut Informatik Visual (IVI) yang ditawarkan secara percuma oleh…

The post Pelajar 每日大赛app Berpeluang Ikuti Program Sijil Profesional Secara Percuma appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
Oleh Mohamad Salleh Sulieman

BANGI, 17 Mac 2026 鈥 Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) kini berpeluang mengikuti program Sijil Profesional (SP) Institut Informatik Visual (IVI) yang ditawarkan secara percuma oleh syarikat pemula, AEye Insight Sdn Bhd.

Pengarah AEye Insight Sdn Bhd, Prof Madya Dr Rabiah Abdul Kadir berkata program sijil profesional iaitu DATA Excellence Series 每日大赛app (DEX-Pro IVI-每日大赛app) menerima tajaan daripada Karim Engineering Sdn Bhd (KESB) berjumlah RM150,000.

鈥淧enajaan ini sangat bermakna kerana pelajar 每日大赛app berpeluang meningkatkan kemahiran dan kompetensi dalam bidang data excellence serta teknologi digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang kian menjadi keperluan penting dalam landskap industri masa kini.

鈥淪okongan daripada pihak industri seperti ini bukan sahaja membantu memperkasakan pembangunan bakat muda, malah turut memperkukuhkan hubungan strategik antara universiti dengan industri,鈥 katanya.

Pelaksanaan program itu akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bagi memastikan akses pembelajaran yang lebih fleksibel dan inklusif kepada peserta.

Pendekatan berkenaan juga selaras dengan perkembangan semasa dalam pendidikan digital serta pembelajaran sepanjang hayat.

Beliau menambah, program berkenaan akan dikendalikan dengan kerjasama felo penyelidik IVI yang bertindak sebagai pembina modul.

鈥淚nisiatif ini dilihat mampu memperkasa kemahiran pelajar dalam bidang analitik data serta meningkatkan kebolehpasaran graduan selaras dengan keperluan industri semasa,鈥 katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KESB, Dato鈥 Abdullah Abd Karim berkata sokongan terhadap program ini menjadi jambatan antara universiti dengan industri.

鈥淒i satu sisi berdiri dunia akademik dengan ilmu dan penyelidikan. Di satu sisi yang lain, berdiri industri dengan realiti dan keperluan masa depan.

鈥淎pa yang lebih membanggakan peluang ini turut membuka peluang kerjasama dengan institusi bertaraf dunia seperti MIT serta menggunakan teknologi pembelajaran digital terkini termasuk AI video melalui platform Synthesia.

鈥淪elain itu, peserta juga akan menerima digital credential dan digital bagde yang diiktiraf antarabangsa melalui Credly dengan sokongan Pearson,鈥 ujarnya.

Selain itu, beliau berkata program tersebut adalah sebahagian daripada komitmen syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial.

鈥淜ami percaya bahawa pelaburan terbaik tidak terletak pada bangunan atau mesin tetapi pada pembangunan manusia.鈥

The post Pelajar 每日大赛app Berpeluang Ikuti Program Sijil Profesional Secara Percuma appeared first on Berita 每日大赛app.

]]>
/beritaukm/pelajar-ukm-berpeluang-ikuti-program-sijil-profesional-secara-percuma/feed/ 0