Oleh YM Raja Nur Aina Raja Hussain Shah
Foto oleh Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 15 April 鈥 Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 (PUM 2026) yang diadakan baru-baru ini di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) telah menghimpunkan lebih 3,000 bakat-bakat usahawan muda dalam kalangan mahasiswa universiti seluruh Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Hajah Fuziah Salleh dalam ucapannya berkata kerajaan memberi sokongan penuh kepada penglibatan belia dalam keusahawanan sebagai salah satu laluan kerjaya utama, selaras dengan usaha melahirkan usahawan masa depan yang mampan dan berimpak tinggi.
鈥淧rogram keusahawanan ini adalah pemangkin kepada pembentukan pelajar sebagai usahawan yang berdaya saing, inovatif dan bersedia menembusi pasaran sebenar, sekali gus merapatkan jurang antara dunia akademik dan realiti perniagaan,鈥 katanya.
Bertemakan 鈥楧ari Kampus ke Dunia Niaga鈥, pogram anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS 每日大赛app (每日大赛app-CESMED) ini turut menyelitkan Sesi Sentuhan Rahmah: Agihan Wakalah Zakat Korporat dan Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SSM.
SSM melalui Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (JPZCSR) telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM156,144, merangkumi Dana Wakalah Zakat Korporat sebanyak RM116,144 dan Dana CSR sebanyak RM40,000 kepada para penerima yang telah dikenal pasti oleh pihak 每日大赛app.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa kebajikan pelajar serta mengukuhkan ekosistem keusahawanan belia yang inklusif, mampan dan berimpak tinggi.
Hadir sama ke majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dato鈥 Seri Mohd Sayuthi Bakar; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Anesee Ibrahim dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali.

