每日大赛app

Dua Mahasiswa 每日大赛app Sertai Bengkel Memperkasa Sukarelawan Universiti Awam, Serlah Semangat Perpaduan Kesukarelawanan

Oleh Nur Wahieda Safia Mohd Zaini
Foto ihsan dari KELKES UPNM

CHERAS, 17 April 2026 鈥 Dua orang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Muhammad Aqil Fahmi Zaid dan Nurul ‘Ain Abd Mobin dipilih menyertai Bengkel Memperkasa Sukarelawan Universiti Awam 2026 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), baru-baru ini.

Bengkel yang dianjurkan oleh Kelab Kesukarelawanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (KELKES UPNM) dengan kerjasama Majlis Sukarelawan Universiti Awam Malaysia (MASKUM) itu berjaya menghimpunkan mahasiswa dari 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari seluruh Malaysia, sekali gus menjadi platform nasional dalam memperkasa kemahiran sukarelawan mahasiswa serta memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti.

Menurut Muhammad Aqil Fahmi Zaid, pengalaman menyertai program tersebut amat bermakna kerana membuka ruang interaksi bersama mahasiswa dari pelbagai universiti awam di seluruh negara.

鈥淧rogram ini sangat bermakna kerana kami dapat berkumpul dengan rakan-rakan dari universiti lain dalam satu platform kesukarelawanan. Suasana itu jelas menunjukkan semangat perpaduan yang kuat antara mahasiswa,鈥 katanya.

Beliau berkata, interaksi rentas universiti tersebut bukan sahaja memperkukuh hubungan sesama mahasiswa, malah memberi ruang perkongsian pengalaman, idea dan pendekatan baharu dalam aktiviti kesukarelawanan di kampus masing-masing.

Bengkel itu juga turut diisi dengan program kesukarelawanan di Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya, Cheras, termasuk melibatkan aktiviti bersama murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang bersama-sama menyertai aktiviti yang dijalankan. Penglibatan ini mewujudkan suasana inklusif, harmoni dan memberi pengalaman interaksi positif antara mahasiswa dan murid sekolah.

Selain itu, peserta program turut menyantuni 50 orang kanak-kanak Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah dengan mengadakan pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah melalui pendekatan interaktif dan penuh kasih sayang daripada para sukarelawan mahasiswa.

Menurut Ketua Program, Muhammad Danial Hakim Muhd Zamzuri, yang juga merupakan Presiden Kelab Kesukarelawanan Universiti Pertahanan Malaysia (KELKES UPNM), program itu dilaksanakan bagi memperkukuh jaringan kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa IPTA serta melahirkan sukarelawan yang lebih berdaya saing dan berjiwa komuniti.

Beliau berkata, program itu membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasakan agenda kesukarelawanan di peringkat nasional melalui kerjasama strategik antara universiti.

鈥淧rogram ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang kerja kesukarelawanan, tetapi juga mengeratkan hubungan antara universiti dalam usaha membentuk jaringan sukarelawan yang lebih kukuh dan berkesan pada masa hadapan,鈥 katanya.

Penyertaan 每日大赛app dalam program berskala nasional ini mencerminkan aspirasi universiti untuk melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah unggul dari segi kepimpinan, empati dan semangat sukarelawan.

Leave a Reply