每日大赛app

FKAB Perkenal Set Inovasi Pendidikan KIT STE(A)M REKARIVU漏 Kepada Pelajar Sekolah

Oleh Dr. Umawathy Techanamurthy
Foto Dr. Umawathy Techanamurthy dan Dr. Izma Syazana Badruddin

SEMENYIH, 17 April 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) memperkenalkan set inovasi pendidikan KIT STE(A)M REKARIVU漏 yang berasaskan pendekatan pembelajaran secara hands-on di program STEM Open Day 2026 yang dianjurkan oleh Tenby Schools Setia EcoHill (Tenby SHE), baru-baru ini.

Kit itu merangkumi pelbagai modul pembelajaran yang disertakan bersama bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap projek seperti projek litar kertas, turbin air dan turbin angin mini, penapis air DIY, model vakum, roket air serta termos DIY.

Menurut Ketua STEM di Tenby SEH, Dr. Khor Mae Chea, pengalaman pembelajaran yang bermakna berlaku apabila pelajar terlibat secara aktif dalam proses penerokaan dan eksperimen.

鈥淎办迟颈惫颈迟颈 hands-on seperti ini mampu mencetuskan minat mendalam terhadap STEM serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

鈥淧eserta juga telah menyerlahkan kreativiti mereka semasa mengikuti bengkel ini,鈥 katanya.

Inisiatif tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan, khususnya dalam kalangan guru sekolah yang melihat potensi kit tersebut sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi subjek Sains dan Reka Bentuk & Teknologi (RBT).

Beliau yang merupakan Alumni FKAB 每日大赛app turut menggalakkan pihak 每日大赛app datang ke Tenby SEH untuk menjalankan program STEM lain pada masa hadapan, sekali gus memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Bengkel STE(A)M telah diadakan selama dua hari, melibatkan seramai 130 pelajar, terdiri daripada 70 pelajar Tenby SEH dan 60 pelajar jemputan daripada sekolah-sekolah di daerah Hulu Langat.

Penglibatan 每日大赛app dalam program ini mencerminkan usaha berterusan universiti dalam memperluas akses kepada pendidikan STEM yang berkualiti, berimpak tinggi dan relevan dengan keperluan semasa.

Sebanyak 27 reruai interaktif telah disediakan, melibatkan penyertaan pelbagai agensi dan institusi termasuk Universiti Putra Malaysia, Universiti Tunku Abdul Rahman, University of Nottingham serta rakan industri seperti Cytron Technologies dan Elquator Holding Berhad. Di samping itu, beberapa bengkel khas turut dikendalikan oleh agensi seperti Agensi Nuklear Malaysia dan WWF Malaysia.

Program ini mencatatkan penyertaan yang memberangsangkan dengan kehadiran kira-kira 850 pelajar Tenby SEH, bersama 240 pelajar dan 45 guru daripada 30 buah sekolah di daerah Hulu Langat, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 1,100 peserta yang terdiri daripada pelajar, pendidik, wakil industri serta institusi pengajian tinggi.

Penganjuran program ini turut mendapat sokongan strategik daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, serta University of Nottingham Malaysia sebagai rakan penganjur bersama.

Leave a Reply