Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 14 Mac 2023 – 15 orang pelajar Pengajian Islam dari lima Universiti Awam menjadi penerima pertama biasiswa tajaan Dar al-Qari Resources dan Yayasan RI yang diasaskan oleh Dato鈥 Rizalman Ibrahim.
Beliau yang merupakan Pengasas dan Pemegang Amanah Dar Al-Qari Resources dan Yayasan RI menyerahkan replika cek kepada pelajar-pelajar yang terpilih yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Fakulti Pengajian Islam; Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Akademi Pengajian Islam; Universiti Malaya, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam; Universiti Sultan Zainal Abidin, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah; Universiti Sains Islam Malaysia dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari; Universiti Teknologi MARA.
Dekan Fakulti Pengajian Islam 每日大赛app, Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long berkata 每日大赛app amat berterima kasih kepada Yayasan RI atas inisiatif pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar pasca-siswazah yang terpilih.
鈥淧ihak 每日大赛app amat berbesar hati dan sangat menghargai penajaan hadiah kecemerlangan dan sumbangan penaiktarafan makmal di Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam 每日大赛app kepada sebuah ruang pembelajaran yang lebih kondusif,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Biasiswa Dar Al-Qari Resources dan Yayasan RI, di sini.
Beliau berkata dengan adanya pendanaan daripada pihak Yayasan RI dan Dar al-Qari Resources, semoga ia menjadi jariah ilmu yang berpanjangan dan seterusnya mengangkat martabat bidang pengajian Islam amnya dan pengajian al-Quran dan al-Sunnah khasnya.
鈥淜ami akan terus berusaha bagi memastikan segala perancangan yang telah diatur akan dilaksanakan dengan sebaiknya serta memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dan seterusnya membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan negara Malaysia.
鈥淜epada para pelajar penerima biasiswa, bagi pihak universiti-universiti, kami berharap anda semua dapat berusaha bersungguh-sungguh dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajian sarjana dan doktor falsafah masing-masing.
鈥淜ami juga berharap kajian-kajian yang dijalankan oleh tuan-tuan dan puan-puan bakal memberikan impak berguna buat universiti, negara dan ummah,鈥 katanya.
Sementara itu, Dato鈥 Rizalman berkata biasiswa itu adalah yang pertama yang diberikan oleh Yayasan RI dan Dar Al-Qari Resources bagi meringankan beban pelajar-pelajar yang menyambung pengajian di peringkat pasca-siswazah.
鈥淚nsya-Allah, saya berharap apa yang diberikan ini akan mengalir seperti air dan dapat memberi manfaat kepada semua dalam menyebarkan ilmu agama dengan lebih meluas.
鈥淪aya yakin dan percaya, apa sahaja kebaikan yang kita lakukan ini akan diberikan ganjaran yang lebih baik oleh Allah swt di akhirat nanti. 鈥淪aya doakan kepada semua yang menerima biasiswa ini akan diberikan kemudahan dalam pelajaran dan mendapat kejayaan yang terbaik di dunia dan akhirat,鈥 katanya.


