每日大赛app

Lebih 11,000 Pelajar B40 每日大赛app Layak Nikmati Menu Siswa Rahmah

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 16 Mac 2023 鈥 Lebih 11,000 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) layak menikmati Menu Siswa Rahmah pada harga serendah RM3.50.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato鈥 Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, inisiatif Menu Siswa Rahmah telah diperluaskan kepada kesemua 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan politeknik dalam negara turut memanfaatkan seramai 320,000 pelajar dalam kumpulan B40.

Tambahnya, inisiatif ini membabitkan sebanyak 235 gerai yang menawarkan makanan pada harga RM3.50.

鈥淒i peringkat IPTA, memang mendapat sokongan dan telah pun ada usaha membantu pelajar miskin terutama golongan B40 supaya mereka tidak terjejas sepanjang melanjutkan pengajian mereka disebabkan kesusahan dan keperitan hidup,鈥 katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Menu Siswa Rahmah lebih rendah daripada Menu Rahmah yang berharga RM5 dengan pihak universiti membantu dari segi tidak mengenakan kos sewaan kepada peniaga.

鈥淯ntuk Menu Rahmah juga memang ada RM5 disediakan di IPTA, tetapi itu untuk pensyarah atau sesiapa sahaja yang nak makan menu tersebut,鈥 katanya.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar sambil menikmati makan tengah hari Menu Siswa Rahmah di Kafe Randau Rasa, 每日大赛app.

Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Ts. Gs. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata, Menu Siswa Rahmah adalah inisiatif Pusat Pengurusan Penjanaan (JANA@每日大赛app) dan Pusat Hal Ehwal Pelajar.

鈥淛ANA@每日大赛app yang menerajui dan menguruskan lantikan syarikat-syarikat yang sehingga kini telah mencapai sebanyak 32 unit kafeteria dan kiosk di 每日大赛app yang mendatangkan manfaat kepada seluruh warga universiti.

鈥淭erdapat tujuh unit kafeteria dan kiosk yang menyediakan Menu Siswa Rahmah pada harga serendah RM3.50. 鈥淢anakala, hampir keseluruhan kafeteria dan kiosk menyediakan Menu Rahmah pada harga kurang RM5 sepinggan beserta minuman,鈥 tambahnya.

Leave a Reply