Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 17 Mac 2023 – Perdana Menteri, Dato鈥 Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa beramah mesra bersama mahasiswa 每日大赛app sambil menikmati makan tengah hari di Dapur Brahim鈥檚, Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), hari ini.
Pada pertemuan itu, beliau telah merasai sendiri Menu Siswa Rahmah dan mengambil peluang berbual ringkas bersama lebih 150 orang mahasiswa yang turut sama menjamu selera di kafeteria tersebut.
Perdana Menteri dilihat mencuba beberapa menu yang disediakan di kafeteria itu, antaranya ikan keli sambal, sayur dan ikan goreng. Menu Siswa Rahmah adalah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan sajian pada harga serendah RM3.50, yang ditawarkan di 20 universiti awam (UA) dan politeknik di seluruh negara.
Beliau yang diiringi oleh Timbalan Menteri Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato鈥 Mohammad Yusof Apdal, Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman dan Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd Razak kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid 每日大赛app bersama kira-kira 3,000 jemaah yang terdiri dari warga 每日大赛app dan penduduk setempat.
Dato鈥 Seri Anwar yang lengkap berbaju Melayu berwarna kuning cair mendengar khutbah bertajuk 鈥淓kstremis Agama鈥 yang disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Dr. Hamidi Ishak.
Selepas menunaikan solat Jumaat, beliau meluangkan masa bersalaman dengan jemaah yang hadir, sebelum beredar. Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT; Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT; Dr. Mohd Zabri Yusoff, Ahli-ahli Lembaga Pengarah 每日大赛app, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dato鈥 Pendaftar, Bendahari, dan Pro-pro Naib Canselor 每日大赛app.


