Oleh Melor Suria Minhat
Foto Ikhwan Hashim
BANGI 10 Mac 2026 鈥 Dasar awam memainkan peranan penting dalam membentuk kesejahteraan masyarakat serta menentukan halatuju pembangunan negara dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.
Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid berkata dasar awam bukan sekadar rangka peraturan, sebaliknya menjadi asas institusional yang menghubungkan visi negara dengan keperluan masyarakat.
鈥淒asar awam menyediakan rujukan, garis panduan serta prosedur yang membolehkan masyarakat menjalani kehidupan secara tersusun dan terarah.
鈥淧ada masa yang sama, ia menjadi instrumen penting dalam menyusun pelaksanaan misi dan visi negara demi memastikan pembangunan yang membawa kesejahteraan kepada rakyat,鈥 katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Syarahan Perdana Profesor bertajuk 鈥淒asar Awam dan Kesejahteraan Masyarakat: Kefahaman Dalam Mendepani Masa Depan鈥 di Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app).
Dalam syarahan tersebut, beliau turut menghuraikan perkembangan pemikiran dasar awam yang bermula daripada pendekatan pentadbiran awam klasik pada akhir abad ke-19 sebelum berkembang kepada model pentadbiran awam baharu dan seterusnya kepada pendekatan governans yang lebih inklusif serta menekankan kerjasama pelbagai pihak.
Menurut beliau, perkembangan dasar awam di Malaysia turut dipengaruhi oleh sejarah pentadbiran kolonial serta struktur institusi yang membentuk proses pembuatan dasar negara sehingga hari ini.
鈥淧elaksanaan dasar pembangunan negara seperti Rancangan Malaysia dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) menunjukkan bagaimana dasar awam digunakan sebagai instrumen penting bagi membasmi kemiskinan, menyusun semula masyarakat serta memacu pembangunan ekonomi dan sosial negara.
鈥淒alam konteks semasa, pelaksanaan dasar awam berdepan cabaran baharu seperti ketidakstabilan global, jurang digital, perubahan iklim serta ketidaktentuan ekonomi dunia.
鈥淪ituasi ini memerlukan pendekatan dasar yang lebih responsif, berdaya tahan dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi serta dinamika sosial masyarakat,鈥 katanya.
Ujarnya, usaha mendepani masa depan memerlukan gabungan ketahanan masyarakat, adaptasi teknologi serta pengukuhan nilai, etika dan peradaban melalui pendidikan dan pembangunan sosial yang berterusan.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor berkata syarahan tersebut mencerminkan sumbangan penting Prof. Dr. Kartini dalam memperkaya wacana akademik khususnya dalam bidang dasar awam, etnisiti dan politik.
Majlis turut dihadiri Pengarah Pengasas KITA, Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin serta barisan pengurusan tertinggi universiti.

