每日大赛app

Warga KTSN Santuni Petugas Barisan Hadapan Sempena Ramadan

Oleh Putri Nur Alleya
Foto Alif Irfan

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2026 鈥 Seramai 15 mahasiswa dan staf dari Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah menyertai Program Santunan Sahur Ramadan sebagai tanda penghargaan dan sokongan kebajikan terhadap petugas keselamatan serta kecemasan yang komited menjalankan tugas sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengetua KTSN, Prof. Madya Dr. Mohd Razif Shahril berkata program itu merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial KTSN dalam menghargai jasa serta pengorbanan petugas barisan hadapan yang sentiasa komited menjalankan amanah demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat, khususnya sepanjang bulan Ramadan.

鈥淧rogram ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk menghayati nilai kesukarelawanan dan semangat keprihatinan terhadap komuniti,鈥 katanya.

Beliau berkata inisiatif itu sekali gus memperkukuh peranan KTSN sebagai platform pembangunan mahasiswa yang berjiwa masyarakat serta menyokong agenda penglibatan komuniti universiti secara berimpak dan berterusan demi manfaat bersama.

Melalui program yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar KTSN itu, peserta telah mengagihkan makanan panas untuk sahur kepada anggota Bahagian Keselamatan 每日大赛app yang bertugas di Kampus Jalan Raja Muda Abdul Aziz dan di Pos Keselamatan KTSN.

Selain itu, sumbangan turut diberikan kepada anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen mereka dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Program Santunan Sahur Ramadan itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengetua KTSN, Dr. Siti Hajar binti Zuber.

Leave a Reply