Oleh Muhammad Haziq Aqmar Amril Nurman
Foto The Media Initiative
BANGI, 10 Mac 2026 – Sebanyak 77.8 peratus peserta yang hadir dengan tahap pengetahuan AI sederhana dan rendah menunjukkan peningkatan keyakinan yang ketara dalam penggunaan alat kecerdasan buatan (AI) selepas mengikuti bengkel AiYOH@FSSK, baru-baru ini.
Inisiatif Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dengan kerjasama kumpulan penyelidik The Media Initiative (TMI) dalam penganjuran bengkel itu sangat penting bagi membantu para akademia memahami teknik dan strategi penggunaan AI dalam kerja seharian secara beretika.
Selain kemahiran teknikal, bengkel tersebut turut menekankan aspek kesedaran kritikal, yang mana peserta diberikan kefahaman tinggi bahawa setiap maklumat yang dihasilkan oleh AI mestilah disahkan terlebih dahulu.
Penolong Dekan Pengajaran dan Citra FSSK, Dr Rusyda Helma Mohd, berkata majoriti peserta memberikan maklum balas positif dan menyatakan bahawa modul yang dibangunkan akan membantu mereka melaksanakan kerja dengan lebih efisien, terutamanya dalam aspek penyelidikan dan penyediaan bahan pengajaran.
Seorang peserta bengkel yang merupakan Ketua Program Kerja Sosial, Prof Madya Dr Nur Saadah Mohamad Aun berkata kemahiran yang diperolehi melalui bengkel itu akan membantunya menyediakan alat bantu mengajar yang lebih menarik dengan lebih efisyen.
鈥淏ukan itu sahaja, kini kerja-kerja berkaitan penyelidikan seperti transkripsi temu bual juga dapat dihasilkan dalam masa yang singkat,鈥 tambah beliau.
Rata-rata peserta menyifatkan program ini sebagai membantu dalam mendepani cabaran pendidikan moden.
Sebanyak enam sesi bengkel yang melibatkan 75 peserta telah dilaksanakan baru-baru ini, mengikut pusat kajian di FSSK bagi memastikan penyampaian modul yang lebih fokus dan efektif.
TMI bakal berkolaborasi dengan Kelab Mahasiswa MENTION melalui program AIYOH Jelajah 每日大赛app yang akan ke 13 kolej kediaman bagi memperkasakan kemahiran AI dalam kalangan mahasiswa 每日大赛app.

