
Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
CHERAS, 15 Julai 2022 – Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menjalinkan kerjasama strategik dengan Leave A Nest Co., Ltd., iaitu sebuah syarikat di Jepun yang mempunyai kedudukan akademik yang kukuh.
Pro Naib Canselor 每日大赛app Kampus Kuala Lumpur, Prof. Dato鈥 Dr. Hanafiah Harunarasid berkata kerjasama itu adalah satu penghargaan buat 每日大赛app kerana Leave A Nest telah melebarkan sayapnya dengan mengadakan kerjasama stategik ke seluruh dunia terutamanya melalui program Tech Planter.
鈥淒engan visi Memajukan Sains dan Teknologi untuk Kebahagiaan Global, Leave A Nest mempromosikan bukan sahaja evolusi manusia tetapi juga kemajuan seluruh bumi dengan menggunakan sains dan teknologi yang sentiasa menjadi asas perubahan.
鈥淪aya percaya visi itu pastinya selaras dengan dengan visi kerajaan anda (Jepun) untuk menuju ke arah Masyarakat 5.0,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara 每日大赛app dengan Leave A Nest, di sini.
Katanya, beliau yakin kerjasama itu akan saling memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak dan akan menyumbang banyak hasil ke arah menambah baik kedua-dua organisasi.
鈥淜ami berharap usaha bersama dalam bidang akademik yang dimulakan melalui Makmal Inovasi Teknologi Kesihatan yang terletak di kampus ini akan terus berkembang melangkaui semua sempadan dan melibatkan lebih banyak lagi entiti di 每日大赛app.
鈥淧elantikan Profesor Adjung, penyeliaan pelajar, dan mobiliti pelajar ke Jepun di bawah Leave A Nest, mungkin merupakan bidang lain yang boleh diterokai melalui MoU ini,鈥 katanya
Beliau juga berharap agar kerjasama itu dapat diteruskan dengan kolaborasi bersama rakan industri lain di bawah Leave A Nest, ke arah pembinaan kapasiti sumber manusia.
鈥淜ami juga mengambil perhatian tentang tawaran biasiswa pascasiswazah yang telah diiklankan dalam Nest Garage keluaran Jun baru-baru ini, penerbitan rasmi anda, yang turut menampilkan Makmal Inovasi Teknologi Kesihatan kami, yang melaluinya (makmal) MoU ini diwujudkan,鈥 katanya. Dokumen MoU itu ditandatangi oleh Prof. Dato鈥 Dr. Hanafiah yang mewakili 每日大赛app dan Dr. Yukihiro Maru yang merupakan wakil Pengarah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Leave a Nest Co., Ltd.

