
Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman
BANGI, 18 Julai 2022 – Kerjasama yang terjalin antara Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dengan Wasiyyah Shoppe Berhad melalui pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) bakal memfokuskan kepada penyelidikan pengurusan dan perancangan harta secara Islam.
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani berkata kerjasama itu adalah di bawah projek penyelidikan konsep pemilikan dalam produk-produk pembiayaan perbankan Islam dan kesannya kepada akad hibah.
鈥淧rojek ini juga turut memberi peluang kepada para penyelidik terlibat untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan berimpak tinggi berasaskan penglibatan industri selaras dengan hasrat dan hala tuju penyelidikan 每日大赛app.
鈥淢enerusi penyaluran dana berjumlah RM47 ribu, inisiatif ini akan menyokong agenda penyelidikan yang bersifat realistik dan aplikasi semasa khususnya dalam industri pengurusan dan perancangan harta secara Islam,鈥 katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Majlis menandatangani MoA antara kedua-dua institusi tersebut di sini, baru-baru ini.
Katanya, penyelidikan yang bakal dijalankan itu adalah bertepatan dengan keadaan semasa yang memperlihatkan industri pengurusan harta mengikut syariat Islam semakin mendapat sambutan daripada kalangan masyarakat sejak akhir-akhir ini.
Projek penyelidikan itu akan diketuai oleh Dr. Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani daripada Pusat Kajian Syariah, FPI.
Beliau berkata, kerjasama antara FPI dengan Wasiyyah Shoppe bukanlah pertama kali diadakan, malah institusi itu juga telah banyak menyumbang dana penyelidikan kepada 每日大赛app.
鈥淪aya difahamkan selepas ini lebih banyak lagi sumbangan dana penyelidikan akan disalurkan oleh Wasiyyah Shoppe.
鈥淜omitmen ini pada hemat saya, membuktikan kesungguhan pihak Wasiyyah Shoppe dalam memacu industri perancangan harta secara Islam berasaskan kepada penyelidikan yang dijalankan oleh pakar-pakar dari 每日大赛app,鈥 katanya.
Beliau berkata gabungan 每日大赛app dan Wasiyyah Shoppe itu akan meningkatkan kepercayaan masyarakat di samping mengukuhkan ketulenan produk-produk yang ditawarkan. 鈥淪aya berharap Wasiyyah Shoppe akan terus berdaya saing dan berkembang maju dalam memperkasakan industri perancangan harta secara Islam,鈥 katanya.

