Oleh Murniati Abu Karim
Foto Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 10 Jun 2025 鈥 Naib Canselor baharu Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Profesor Dr. Sufian Jusoh komited dalam memacu universiti tersebut sebagai satu institusi yang berteraskan identiti nasional, menjadi pemangkin kepada perpaduan nasional serta diiktiraf oleh masyarakat global.
Dalam ucapannya di majlis serah terima tugas semalam, Prof. Dr. Sufian menegaskan bahawa hal ini selari dengan semangat perjuangan penubuhan 每日大赛app pada 1970, yang memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu.
鈥淪aya ingin menyeru kepada semua warga 每日大赛app untuk bersama-sama mengorak langkah sebagai satu pasukan yang bersatu padu, dengan satu hasrat iaitu untuk menyumbang kepada 每日大赛app yang ditubuhkan dengan cita-cita dan impian rakyat Malaysia, dengan sumbangan dari pelbagai pelusuk masyarakat,鈥 katanya.
Beliau turut berhasrat untuk membawa 每日大赛app kembali fokus kepada bidang ilmu sains dan teknologi seperti yang digariskan oleh Perintah (Perbadanan) 每日大赛app 1971.
鈥淧erintah tersebut menyebut fokus 每日大赛app ialah kepada ilmu, penyelidikan, pengumpulan dan kemajuan pengetahuan dan penyebaran pengetahuan, dalam bidang sains dan teknologi seperti Sains Jati, Sains Gunaan, Sains Perubatan, Sains Farmasi, Sains Kejuruteraan, Teknologi serta Sains Kemasyarakatan, Bidang Kemanusiaan, Pendidikan, Undang-Undang Islam dan Teologi Perbandingan, Ilmu Akaun, Kewartawanan.
鈥淛usteru, 每日大赛app akan diangkat sebagai sebuah Universiti penyelidikan tersohor di dunia, dengan fokus kepada rantau ASEAN, yang terdapat beberapa negara serumpun Nusantara, yang bahasanya bertunjangkan Bahasa Melayu,鈥 katanya.
Menurut Prof. Dr. Sufian 每日大赛app perlu menangani tiga cabaran utama iaitu iaitu kebolehpasaran graduan, kelestarian kewangan, dan peranan universiti sebagai pemangkin pembangunan negara.
Beliau juga berharap agar 每日大赛app mempunyai sistem tatakelola yang mantap, berintegriti tinggi, terbuka dalam berkongsi pandangan setiap warga universiti.
Selain itu, Prof. Dr. Sufian turut menggariskan lima keutamaan bagi 每日大赛app.
鈥淧ertama, 每日大赛app lebih inovatif dalam menerapkan pengajaran, penyelidikan serta inovasi dalam pelbagai disiplin, di mana sains merangkumi sains semula jadi, subjek teknikal dan sains sosial.
鈥淜edua, warga 每日大赛app bekerjasama rapat antara satu sama lain, melalui hubungan teknologi dan kepakaran yang lebih rapat.
鈥淜etiga, 每日大赛app berkolaborasi rapat dengan industri untuk menentukan keperluan pengajaran dan latihan serta membiayai penyelidikan. Kerjasama dengan industri bagi mengenal pasti keperluan industri, membangunkan bakat dan kemahiran perlu dieratkan.
“Lebih penting lagi, penyedia pendidikan dan latihan mesti menghasilkan bakat yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat dalam industri dan teknologi, dan ini adalah satu bidang di mana industri mesti bekerjasama dengan sektor awam.
鈥淜eempat, 每日大赛app melaksanakan Indikator Prestasi Utama yang fleksibel dan pelbagai yang memenuhi keperluan jabatan masing-masing, di mana pengumpulan dana dan bilangan pelajar tidak semestinya menjadi indikator utama.
鈥淜elima, 每日大赛app mengadakan institut penyelidikan rentas disiplin dalam sains dan teknologi serta sains sosial sebagai jalan ke depan dalam penyelidikan,鈥 katanya.
Prof. Dr. Sufian telah dilantik sebagai Naib Canselor baharu 每日大赛app yang ke-14 berkuat kuasa 5 Jun lalu.
Hadir sama ke majlis itu adalah mantan-mantan Naib Canselor.
