ÿÈÕ´óÈüapp

Prof. Dr. Sufian Jusoh Dilantik Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp Baharu

Oleh Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 6 Jun 2025 – Prof. Dr. Sufian Jusoh dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) yang ke-14 bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 5 Jun 2025.

Beliau dikenali di peringkat antarabangsa sebagai pakar dalam bidang perdagangan dan pelaburan antarabangsa, integrasi ASEAN dan serantau, serta pembangunan antarabangsa.

Prof. Dr. Sufian berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) dari University of Wales, United Kingdom pada tahun 1991. Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Undang-Undang (LL.M) dari University College London pada tahun 2003.

Pada tahun 2010, beliau melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Undang-undang Ekonomi Antrabangsa dan mendapat pengiktirafan peringkat tertinggi (Summa Cum Laude) dari University of Bern, Switzerland.

Beliau mula berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) sebagai Felo Kanan di Fakulti Undang-Undang pada tahun 2013. Pada tahun 2015, beliau dilantik sebagai Felo Kanan di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), sebelum menjadi Felo Utama dan Profesor Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan di institut yang sama.

Pada tahun 2018, beliau dilantik sebagai Pengarah IKMAS dan berkhidmat dalam jawatan tersebut selama tujuh tahun sehingga kini, sebelum dilantik sebagai Naib Canselor. Prof. Dr. Sufian telah diberi kepercayaan untuk mengetuai Projek Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi Asean 2025 dan Keberhasilan Utama Ekonomi Sempena Kepengerusian Malaysia bagi ASEAN Tahun 2025 di bawah Tonggak Komuniti Ekonomi ASEAN yang diterajui oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Beliau juga merupakan perwakilan Malaysia Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Visi Komuniti ASEAN Pasca-2025. Selain itu, Prof. Dr. Sufian turut terlibat dalam Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), khususnya semasa Malaysia mempengerusikan APEC 2020 yang telah menghasilkan Wawasan Putrajaya APEC 2040.

Beliau turut menjadi wakil Malaysia dalam penyediaan Pelan Tindakan Keselamatan Makanan APEC 2030 dan merupakan perwakilan dalam Kumpulan Pakar Pelaburan APEC. Prof. Dr. Sufian merupakan Penasihat Pelaburan Asing secara langsung (FDI) bagi ArtNet di bawah Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP), Perunding Dasar Pelaburan Antarabangsa di Kumpulan Bank Dunia dan Felo Luar di Institut Perdagangan Dunia, Universiti Bern, Switzerland.

Beliau juga adalah Perwakilan Malaysia bagi Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA), Research Institute Network bagi tempoh tiga tahun bermula 2022 serta Pengasas Bersama Forum Integrasi Ekonomi ASEAN.

Disamping itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam usaha pembaharuan dasar pelaburan di Bangladesh, Malaysia, Laos, Myanmar, Timor-Leste, Negara Persekutuan Mikronesia dan Pakistan, serta diberi kepercayaan oleh KPT untuk menubuhkan Jaringan Pendidikan Tinggi Malaysia Switzerland.

Leave a Reply