Oleh Melor Suria Minhat
Foto Izwan Azman
BANGI, 21 April 2026 鈥 Pendidikan Tinggi Malaysia telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam tempoh dua dekad lalu, khususnya dari segi kedudukan universiti, kapasiti penyelidikan dan reputasi di peringkat antarabangsa.
Pengerusi Jawatankuasa Penggalakan dan Peningkatan Pendidikan Tinggi ke arah Kualiti Piawaian Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi Thailand, Prof Dr Rattachat Mongkolnavin berkata Malaysia telah menunjukkan pencapaian yang sangat baik.
鈥淛ika dilihat sekitar 20 tahun lalu, kita berada pada titik permulaan yang hampir sama dari segi kedudukan penarafan universiti yang menjadi ukuran kualiti pendidikan tinggi,鈥 katanya.
Beliau berkata demikian Ketika menjadi panelis pada program bual bicara AKEPT Let鈥檚 Talk About Series Special Edition: Telaah dengan tajuk Pengajian Tinggi: Pendemokrasian, Pengkomersialan dan Pengantarabangsaan, di Bilik Senat, baru-baru ini.
Program yang dikendalikan oleh Timbalan Pengarah, Pusat Kajian Kepimpinan dan Jangkauan Global, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Prof Madya Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan itu menampilkan dua lagi ahli panel iaitu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaya, Prof Dr Hasniza Zaman Huri dan penulis buku Pengajian Tinggi: Pendemokrasian, Pengkomersialan dan Pengantarabangsaan, Prof Dato鈥 Dr Qasim Ahmad.
Prof Dr Rattachat berkata Malaysia kini telah mencatat kemajuan yang signifikan, khususnya dalam pembangunan penyelidikan serta keupayaan menarik penyelidik berkaliber tinggi.
鈥淢alaysia juga telah membuat pelaburan yang besar dalam pembangunan infrastruktur dan pusat penyelidikan,鈥 ujarnya.
Tambah beliau, kepentingan pendekatan kerjasama serantau adalah salah satu strategi untuk memperkukuh kedudukan pendidikan tinggi di peringkat global.
Sementara itu, menurut Prof. Dr. Hasniza, meskipun Malaysia telah membina reputasi akademik yang kukuh, penekanan berterusan perlu diberikan kepada penghasilan impak penyelidikan serta kelestarian pencapaian universiti.
鈥淒ari segi reputasi akademik dan kebolehpasaran graduan, Malaysia telah membina kedudukan yang kukuh.
鈥淣amun, usaha perlu dipertingkatkan khususnya dalam memperkukuh komponen penyelidikan serta memastikan hasil penyelidikan dapat diterjemahkan kepada impak yang lebih jelas.
Apa yang lebih penting adalah memastikan kelestarian pencapaian tersebut agar universiti di Malaysia terus kekal berdaya saing di peringkat global,鈥 katanya.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dalam menyokong agenda pembangunan pendidikan tinggi negara, selaras dengan aspirasi Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026鈥2035.

