每日大赛app

Status Ekonomi Keluarga Antara Faktor Jejas Pemakanan Kanak-Kanak

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI 鈥 Status sosioekonomi keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti pemakanan kanak-kanak.

Majori kanak-kanak didapati tidak mencapai tahap Kepelbagaian Makanan Minimum (MDD) dan Diet Minimum yang Boleh Diterima (MAD) terutamanya mereka di kawasan luar bandar.

Profesor Pemakanan di Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Prof. Dr. Poh Bee Koon berkata situasi ini menjadi lebih meruncing akibat impak pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

鈥淟ebih 60 peratus isi rumah dilaporkan mengalami penurunan pendapatan bulanan, yang secara langsung mengakibatkan penurunan drastik dalam pengambilan sumber nutrien penting seperti susu dan produk tenusu.

鈥淢anakala, terdapat peningkatan dalam pengambilan makanan ruji mudah disediakan seperti mi segera.

鈥淩entetan daripada kekangan ekonomi dan peralihan persekitaran ini, kita kini melihat satu kitaran malpemakanan yang kompleks,鈥 katanya ketika menyampaikan Syarahan Perdana Profesor Fakulti Sains Kesihatan yang bertajuk 鈥楳enyingkap Realiti Malpemakanan Kanak-Kanak dan Strategi Menanganinya鈥.

Menurutnya, hampir 43 juta kanak-kanak di seluruh dunia mengalami susut akibat malpemakanan akut yang turut menjejaskan pertumbuhan jangka panjang seperti bantut.

鈥淢alaysia mencatatkan peningkatan yang membimbangkan, iaitu lebih dua kali ganda di kawasan luar bandar, manakala kawasan bandar turut menunjukkan kenaikan hampir 3 peratus bagi isu kurang berat badan,鈥 katanya.

Selain itu, masalah berat badan berlebihan dan obesiti juga semakin meningkat, dengan 5.5 peratus kanak-kanak terjejas, termasuk di Asia Tenggara dan Malaysia.

鈥淧revalens berat badan berlebihan dan obesiti di Malaysia kini hampir sama antara kawasan bandar dan luar bandar, iaitu sekitar 18 peratus,鈥 jelas Prof. Poh.

Menurut beliau, antara faktor lain yang menyebabkan corak pemakanan tidak seimbang ialah persekitaran makanan obesogenik yang dihadapi kanak-kanak hari ini.

鈥淧engaruh makanan moden, makanan Barat serta trend 鈥渕akanan viral鈥 yang tinggi kandungan gula dan lemak kini telah menjadi norma baharu.

鈥淧eralihan ini bukan sahaja menjejaskan kualiti diet, malah memberi kesan kepada kesihatan kanak-kanak secara keseluruhan,鈥 ujarnya.

Pada majlis ini, beliau turut membentangkan beberapa inisiatif yang menyasarkan kanak-kanak dan remaja bagi menangani masalah malpemakanan seperti Program ToyBox Study Malaysia, Program eToyBox, Program Juara Sihat, Program C.E.R.G.A.S. dan Program ENeA SEA (Early Nutriton eAcademy Southeast Asia).

Leave a Reply